Alhamdulillah, pagi ini Allah izinkan saya berada di Masjid Sultan Abu Bakar, Kampung Janda Baik, menyampaikan sumbangan buat masjid, tiga surau, dan dua madrasah tahfiz di sini.
Ramadan bakal menjelang, dan tiada yang lebih indah selain melihat rumah-rumah Allah berseri dengan ibadah dan majlis ilmu. Semoga sumbangan kecil ini dapat membantu menghidupkan masjid dan surau sepanjang bulan penuh keberkatan ini.
Bersama saya iaitu Tuan Haji Zabidi Nasan (CEO Yayasan Taqwa MAIWP) dan Tuan Haji Mohd Khair Ngadiron (Pengerusi TV Alhijrah), kami juga berkesempatan menyantuni 40 ibu tunggal di kampung ini. Tatkala Ramadan hampir tiba, pastinya keperluan mereka lebih terasa. Mudah-mudahan sedikit bantuan ini dapat meringankan hati dan memberi senyuman buat mereka dan anak-anak.
Beginilah indahnya Islamโsaling menguatkan, saling berbagi, agar tiada yang terlupa. Moga Allah merahmati setiap tangan yang memberi dan setiap hati yang menerima.