Kunjungan dari YAM Tunku Zain Al-‘Abidin ibni Tuanku Muhriz dan YB Howard Lee Chuan How

Tengahari tadi saya menerima kunjungan dari YAM Tunku Zain Al-‘Abidin ibni Tuanku Muhriz dan YB Howard Lee Chuan How di pejabat saya di Parlimen. Saya dan Tunku Zain saling berbincang serta bertukar pendapat dalam isu pentadbiran hal ehwal Islam. Moga Allah merahmati Tunku Zain dan dikurniakan keafiatan.
Sidang Parlimen : Pembentangan berkaitan GISBH

Dalam Sidang Parlimen pagi tadi saya telah menerangkan tindakan yang diambil oleh agensi-agensi agama Islam serta cadangan tindakan pemulihan dalam konteks bidang kuasa Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berkaitan isu GISBH. Pada sebelah petang pula saya bersama YB Datuk Seri Saifuddin Nasution, Menteri Dalam Negeri serta YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan […]
KENYATAAN MEDIA MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA) BERKAITAN DAKWAAN BAHAWA RANG UNDANG-UNDANG MUFTI (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 2024 (RUU MUFTI) DIGUBAL SECARA TERGESA-GESA

1. Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ingin menafikan kenyataan sesetengah pihak yang mendakwa bahawa RUU Mufti ini digubal secara tergesa-gesa dan dipengaruhi oleh pihak tertentu. 2. Penggubalan RUU Mufti ini adalah usaha yang diambil oleh Kerajaan bertujuan untuk memartabat dan memperkasakan institusi Mufti di Wilayah-Wilayah Persekutuan. Menerusi pemerkasaan ini, bidang kefatwaan dan pembangunan Hukum […]
International Conference On Communities of Success (ICCOS) 2024

Mewakili Kerajaan dalam International Conference On Communities of Success (ICCOS) 2024. Persidangan Antarabangsa ini telah dihadiri para pemimpin, ahli-ahli akademik serta pelbagai pihak lain. Presiden Tharman Shanmugaratnam, Presiden Singapura telah menyampaikan Ucaptama dalam Persidangan ini Adalah menjadi agenda Kerajaan Madani untuk memperteguh kesatuan komuniti, saling hormat menghormati serta membangunkan negara. Keharmonian serta kesatuan masyarakat akan […]
Pertemuan bersama Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga dan wakil kerajaan Singapura

Setelah menyantuni para petugas dan peserta Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Antarabangsa yang mula berlepas pulang, saya terus ke KLIA, berlepas ke Singapura untuk mewakili Kerajaan menghadiri International Conference On Communities of Success (ICCOS) 2024. Setibanya di lapangan terbang Changi, saya dijemput oleh TYT Datuk Azfar bin Mohamad Mustafar, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura […]
Pertemuan Sahibus Samahah Al-Fadhil Samidin Atabaev, Timbalan Mufti Kyrgystan

Bertemu Sahibus Samahah Al-Fadhil Samidin Atabaev, Timbalan Mufti Kyrgystan. Anaknya Mariam Adraimova merupakan peserta Majlis Tilawah & Hafazan Al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-64. Saya berkesempatan cuba memakai kopiah Kyrgystan, MasyaAllah sangat cantik dan selesa apabila dipakai. Moga jalinan ukhuwwah yang terbina melalui penganjuran MTHQA ini dapat mengeratkan lagi hubungan dua hala Malaysia-Kyrgystan. Saya mendoakan agar Sahibus […]
Majlis Penutupan dan Pengurniaan Hadiah, Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-64

Menjunjung kasih KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah. Ampun Tuanku, Patik bagi pihak Kerajaan merafak sembah, menjunjung setinggi-tinggi kasih KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong atas limpah perkenan berangkat ke Majlis Penutupan […]
KENYATAAN MEDIA MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA) BERKAITAN KEKELIRUAN DAN SALAH FAHAM TERHADAP RUU MUFTI (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN 2024)

1. Dakwaan penggubalan RUU Mufti (Wilayah-Wilayah Persekutuan 2024) akan menggugat kebebasan warganegara adalah tidak benar. Hakikatnya, seseorang individu mempunyai hak kebebasan sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan. Walau bagaimanapun, kebebasan tersebut tidaklah bersifat mutlak kerana dibataskan antara lain Perkara 8(5)(a), 10, dan 11(5). 2. Sebagai contoh, hak kebebasan beragama di bawah Perkara 11 Perlembagaan ialah […]
SELAMAT MENYAMBUT HARI LAHIR KE-78 TUAN YANG TERUTAMA YANG DI-PERTUA NEGERI SARAWAK.

SELAMAT MENYAMBUT HARI LAHIR KE-78 TUAN YANG TERUTAMA YANG DI-PERTUA NEGERI SARAWAK. Saya mewakili seluruh warga Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ingin mengucapkan selamat menyambut hari lahir yang ke-78 Tuan Yang Terutama Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar. Moga Allah kurniakan kesihatan yang baik buat TYT dan sentiasa dalam rahmat Allah.
Tausiyah Khas Sheikh Dr. Maher Hamad Al-Mua’iqaly di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Shah Ala

Antara tausiyah yang disampaikan Sheikh Dr. Maher Hamad Al-Mua’iqaly malam ini di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Shah Alam ialah adab kita dengan Al-Quran. Kita perlu menjaga adab kita dengan Kalamullah kerana ianya merupakan manhaj kepada umat Islam. Moga tausiyah yang disampaikan oleh Sheikh Dr. Maher Hamad Al-Mua’iqaly dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh mereka yang hadir […]