Ucapan takziah kepada keluarga Almarhum Dato’ Dr Abdul Halim Ismail, mantan Ahli Lembaga Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

Mewakili seluruh warga Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), saya merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Almarhum Dato’ Dr Abdul Halim Ismail, mantan Ahli Lembaga Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). Almarhum telah memberi sumbangan besar kepada pembangunan institusi perbankan Islam di Malaysia. Semoga segala jasa bakti Almarhum dicatat sebagai amal soleh. Semoga Allah mengampuni dan […]

Program Halal On Track (HOT) @ Pahang Darul Makmur

Pagi ini saya berada di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Pahang untuk mengiringi YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri dan YAB Dato’ Sri Diraja Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang ke Program Halal On Track (HOT) @ Pahang Darul Makmur yang dianjurkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia […]

KENYATAAN MEDIA MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA) BERKAITAN UCAPAN TAKZIAH KEPADA KELUARGA YAHYA SINWAR

1. Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ingin merakamkan ucapan takziah atas kepulangan ke rahmatullah Yahya Sinwar, tokoh pejuang Palestin. 2. Sesungguhnya semangat perjuangan Yahya Sinwar mempertahankan tanah Palestin dan Masjid Al-Aqsa akan sentiasa dikenang oleh umat Islam seluruh dunia. Semoga semua amalannya dicatat sebagai amal soleh. 3. Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mengutuk […]

KENYATAAN MEDIA MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA) BERKAITAN BELANJAWAN 2025: PENGURUSAN HAL EHWAL ISLAM TUNJANG MALAYSIA MADANI

1. Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan atas pembentangan Belanjawan 2025: Membugar Ekonomi, Menjana Perubahan, Mensejahtera Rakyat. 2. Sesungguhnya, Kerajaan Madani di bawah pimpinan YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri amat komited dengan usaha-usaha pembangunan syiar […]

Mengiringi YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim solat jumaat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya

Selepas selesai Mesyuarat Jemaah Menteri, saya mengiringi YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya untuk solat jumaat. Sebelum itu saya berkesempatan menyantuni pelajar dari Sekolah Kebangsaan Kok Lanas. Alhamdulillah seronok melihat anak-anak ini dididik supaya mendekatkan diri ke rumah Allah. Saya doakan anak-anak ini agar berjaya dalam kehidupan masing-masing dan […]

Majlis Penutup Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Wilayah Persekutuan Tahun 1446H/2024M

Alhamdulillah malam ini saya merasmikan Majlis Penutup Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Wilayah Persekutuan Tahun 1446H/2024M yang diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan. Melalui majlis ini kita cuba berusaha untuk membumikan Kalimah Tayyibah sebagai panduan kehidupan sekaligus memasyarakatkan al-Quran dalam semua aspek. Adalah penting kepada kita untuk melahirkan generasi yang boleh menjadi Qudwah Hasanah kepada masyarakat. […]

Kunjungan Mr. Izzadeen Adnaan, Director General of Zakat Maldives dan rombongan

Zakat merupakan instrumen penting dalam pembangunan ekonomi Islam kerana zakat adalah ibadat yang difardukan Allah SWT. Ini antara intipati yang saya kongsikan kepada delegasi dari Maldives Zakat House. Saya berkongsi pengalaman agensi agama di JPM (Hal Ehwal Agama) dan pihak berkuasa agama negeri menguruskan zakat di Malaysia. Kolaborasi kuat bersama rakan-rakan strategik swasta. Terima kasih […]