Solat Jumaat di Masjid Al Hidayah, Kampung Sungai Penchala

Saya bersama-sama YAB Perdana Menteri, Dato ‘ Seri Anwar Ibrahim menunaikan Solat Jumaat di Masjid Al Hidayah, Kampung Sungai Penchala. Alhamdulillah turut dapat menyantuni masyarakat para jemaah di Masjid ini. Semoga Allah merahmati kita semua dengan keberkatan hari Jumaat penghulu segala hari.

Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) Kali Ke-72

Patik merafak sembah dan menjunjung kasih Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah atas limpah perkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) Kali Ke-72. YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim selaku Timbalan Pengerusi juga menghadiri Mesyuarat MKI […]

Liqa’ Mahabbah Jabatan/Pejabat Mufti Se-Malaysia kali ke-3

Semalam saya rasa begitu semangat apabila hadir ke Dewan Besar UPM dan melihat kontinjen dari semua 14 jabatan mufti di Malaysia. Terima kasih saya ucapkan kepada semua jabatan mufti negeri yang menghantar wakil untuk menyertai acara sukan serta tahniah dan syabas saya ucapkan kepada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan yang menganjurkan Liqa’ Mahabbah Jabatan/Pejabat Mufti Se-Malaysia […]

Ziarah Dato’ Aidit Ghazali

Beberapa hari yang lalu saya menghantar whatsapp bertanya khabar kepada salah seorang bekas pensyarah ketika saya menuntut di UIAM Gombak iaitu Dato’ Aidit Ghazali. Beliau memaklumkan bahawa beliau dalam proses pemulihan kerana patah kaki. Alhamdulillah tengahari tadi saya berkesempatan ziarah beliau di rumah bondanya di Gombak. Pertemuan bersama beliau menggamit memori saya sebagai seorang mahasiswa […]

Majlis Istiadat Konvokesyen ke-18, Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS)

Majlis Istiadat Konvokesyen ke-18, Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS). Mewakili Kerajaan Persekutuan, saya ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas kehadiran YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, Ketua Menteri Negeri Sabah kerana menyempurnakan Majlis Istiadat Konvokesyen IPDAS Kali Ke-18. Majlis Istiadat Konvokesyen IPDAS hari ini, […]

Jelajah Madani Ulama dan Umara Peringkat Negeri Sabah

Firman Allah SWT dalam Surah Ali Imran ayat 110 : كُنتُمۡ خَيۡرَ أُمَّةٍ أُخۡرِجَتۡ لِلنَّاسِ تَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَتَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنكَرِ وَتُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِۗ …. Maksud Ayat : Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk […]

Ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Almarhum Encik Rozaid Abdul Rahman

Saya mewakili seluruh warga Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Almarhum Encik Rozaid Abdul Rahman yang telah kembali ke rahmatullah. Almarhum sebelum ini bertugas sebagai Pengarah Media dan Komunikasi Strategik di Pejabat Perdana Menteri telah memberikan sumbangan yang cukup besar kepada agama, negara dan ummah. Ini termasuklah Almarhum […]

JAWI Run 2024

Pagi tadi berkesempatan menyertai JAWI Run 2024 bersama Alif Satar dan juga 15,000 peserta larian. Program yang bermula seawal 4.45 pagi dengen pelepasan kategori 21km. Program diteruskan dengan solat subuh secara berjemaah dan pelepasan kategori 10km, 5km dan 3km. Saya turut tersentuh apabila komuniti “Bikeisable” turut hadir bersama anak istimewa menyertai larian Jawi Run 2024. […]

Konvensyen Transformasi Tanah Perkuburan Islam dan Pengurusan Jenazah Tahun 2024

Tahniah kepada JAWI kerana menganjurkan Konvensyen Transformasi Tanah Perkuburan Islam dan Pengurusan Jenazah Tahun 2024 bersempena Sambutan Jubli Emas ke 50 Tahun JAWI. Konvensyen yang diadakan di Kompleks Islam Putrajaya ini telah dihadiri para peserta terdiri daripada pihak berkuasa agama Islam negeri-negeri, para pentadbir masjid dan surau, ahli akademik dan para pemimpin masyarakat. Menguruskan kematian […]

Selamat Datang, Welcome