Ziarah adik Muhammad Uwais Al-Qarni dan adik Nur Sofea Humaira

Petang tadi saya menziarahi dua anak yatim piatu, Muhammad Uwais Al-Qarni, 7, dan adiknya Nur Sofea Humaira, 4, di Bandar Baru Bangi. Mereka kehilangan kedua ibu bapa, adik serta datuk dan nenek sebelah ibu mereka dalam kemalangan tragis pada 23 Disember lalu. YAPEIM (Official) menyampaikan bantuan Sinar Kasih iaitu bantuan bulanan berjumlah RM200 setiap seorang […]
Kunjungan daripada Ustaz Wadi Annuar

Pagi ini saya menerima kunjungan hormat daripada Ustaz Wadi Annuar, Pengerusi Akademi Darul Ilmi. Perbincangan bertumpu kepada pembangunan pendidikan anak-anak. Akademi Darul Ilmi memberi fokus terhadap pengajian hafazan Al-Quran, hafazan matan hadis, tafaqquf fiddin serta pengajian akademik. Institusi ini meletakkan matlamat untuk melahirkan generasi hafiz dengan ingatan 30 juzuk secara konsisten, menghafaz hadis serta menghayati […]
KEMPEN BAYAR ZAKAT MEMBANTU ASNAF

Bantu kami untuk terus membantu asnaf yang memerlukan. Realiti hidup di tengah bandar khususnya Wilayah Persekutuan ini amat mencabar. Beruntung dan bersyukur seseorang itu diberikan rezeki untuk terus ‘survive’ membina kehidupan di tengah ibu kota. Alhamdulillah rezeki dari yang Maha Esa untuk hamba yang sentiasa ingat kepadaNya. Namun, tidak dinafikan juga yang kurang bernasib baik […]
KENYATAAN MEDIA MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA) BERKAITAN VIDEO TULAR PERHIMPUNAN SEKUMPULAN INDIVIDU DI SEBUAH TANAH PERKUBURAN ISLAM

1. Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mengambil maklum mengenai video tular di media sosial yang memaparkan sekumpulan pihak tertentu yang berhimpun di salah sebuah pusara dalam kawasan Tanah Perkuburan Islam, Taman Ibukota, Setapak, Kuala Lumpur. 2. Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah mengarahkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk membuat siasatan terperinci […]
KENYATAAN MEDIA MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA) BERKAITAN PENGANJURAN PROGRAM GEMA SYUKUR 2025 SEMPENA TAHUN BAHARU 2025

1. Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan menganjurkan Program Gema Syukur 2025 pada 31 Disember 2024 hingga 1 Januari 2025 bermula pada 6.00 petang hingga 9.00 pagi di Masjid Putra Putrajaya. 2. Program ini merupakan inisiatif strategik agensi-agensi di bawah YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bersama rakan strategik iaitu MAPIM […]
Selamat Tahun Baharu 2025

Saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baharu 2025 kepada semua rakyat Malaysia. Bersempena Tahun Baharu 2025, marilah kita bermuhasabah dan menginsafi diri, memperbetulkan segala kekhilafan serta mengorak langkah, membina kemajuan dalam pelbagai bidang. Marilah bersama-sama kita memperkukuh kesatuan umat, memperteguh ukhwah serta bersikap ihsan sesama insan. Semoga negara Malaysia akan terus aman dan damai, melimpahkan kemakmuran […]
KENYATAAN MEDIA MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA) BERKAITAN TINDAKAN SESETENGAH PIHAK SENGAJA MENCETUSKAN POLEMIK TERHADAP PELAKSANAAN PENDEKATAN MADANI

1. Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) amat kesal dengan sikap sesetengah pemimpin politik yang sengaja mencetuskan polemik terhadap konsep dan pendekatan Madani yang menjadi gagasan negara hari ini. Tindakan melabelkan pendekatan Madani sebagai Madani Jahiliah dan seumpamanya adalah amat keterlaluan dan mendukacitakan. 2. Hakikatnya, konsep Madani yang diperkenalkan YAB Dato’ Seri Anwar bin […]
GEMA SYUKUR 2025: DETIK BERMAKNA UNTUK SEMUA RAKYAT MALAYSIA!

GEMA SYUKUR 2025: DETIK BERMAKNA UNTUK SEMUA RAKYAT MALAYSIA! Sempena menyambut Tahun Baharu 2025, 14 agensi di bawah YB Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bersama Rakan Strategik MAPIM, MyFundAction & Du’at Al-Falah akan membawakan program khas penuh pengisian rohani dan bermanfaat buat anda sekeluarga! 🗓️Tarikh: 31 Disember 2024 – 1 Januari 2025 […]
Program Yadim Murabbi Pemukiman Zamalah Negeri Kedah & Perlis

Selepas majlis di Jeniang saya terus ke Mujamma Ibnu Sunni Lit Talaqqi, Sungai Jagong, Pendang, Kedah untuk merasmikan Program Yadim Murabbi Pemukiman Zamalah Negeri Kedah & Perlis anjuran YADIM Negeri Kedah. Alhamdulillah di sini saya bertemu Sheikh Abdul Rahim Bin Abdul Rahman yang merupakan mudir Mujamma Ibnu Sunni Lit Talaqqi. Saya menyampaikan bantuan kepada 13 […]
Misi Bantuan Banjir Agensi YB Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Kedah

Misi Bantuan Banjir Agensi YB Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bersama Skuad Musa’adah Al-Falah Madani ke lokasi terakhir di Maahad Tahfiz Darululum Alhilmiah, Titi Besi, Kepala Batas, Alor Setar, Kedah. Saya sangat kagum dengan semangat penduduk setempat yang setia menunggu kehadiran saya walaupun hujan lebat turun. Di sini saya menyampaikan bantuan keseluruhan […]