Program Makkah Route bagi Musim Haji 1445H/2024M
Semalam saya bersama TYT TYT Mesaad Ibrahim Al Sulaim, Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia telah melancarkan Program Makkah Route bagi Musim Haji 1445H/2024M di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Pelaksanaan program yang telah memasuki tahun keenam pelaksanaannya, akan mengukuhkan lagi hubungan Kerajaan Malaysia dengan Kerajaan Arab Saudi. Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) […]
KENYATAAN MEDIA MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA) BERKENAAN PELANCARAN PROGRAM MAKKAH ROUTE BAGI MUSIM HAJI 1445H/2024M
1. Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ingin memaklumkan bahawa malam ini telah disempurnakan Pelancaran Makkah Route bagi Musim Haji 1445H/2024M di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Pelaksanaan program yang telah memasuki tahun keenam pelaksanaannya, akan mengukuhkan lagi hubungan Kerajaan Malaysia dengan Kerajaan Arab Saudi. 2. Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ingin merakamkan […]
Urusan rasmi di Kazakhstan bersama YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim
Selepas urusan rasmi di Turkiye dan Kyrgyzstan, saya mengiringi YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke Kazakhstan Seluruh delegasi telah disambut oleh Perdana Menteri Kazakhstan, Olzhas Bekteno Semoga misi negara akan tercapai dengan jayanya. v.
KENYATAAN MEDIA MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA) BERKENAAN KEJADIAN SERANGAN DI BALAI POLIS ULU TIRAM, JOHOR DARUL TAKZIM
1. Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berasa amat dukacita dengan kejadian serangan yang berlaku di Balai Polis Ulu Tiram, Johor Darul Takzim. 2. Mewakili seluruh warga Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), saya merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Almarhum Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar dan Almarhum Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said yang […]
KENYATAAN MEDIA MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA) BERKAITAN NASIHAT KEPADA MASYARAKAT AGAR SENTIASA BERHEMAH DALAM KEMPEN SOLIDARITI PALESTIN
1. Dalam isu Palestin, saya percaya semua pihak memahami bahawa kekejaman yang dilakukan pihak Zionis Israel terhadap rakyat Palestin adalah tidak boleh diterima sama sekali. Tindakan yang dilakukan pihak Zionis Israel amat biadap, melampau serta di luar batas kemanusiaan. 2. Atas asas kesatuan dan ihsan, semua pihak adalah diseru untuk bersolidariti dengan rakyat Palestin melalui […]
Kunjung Hormat H.E. Toigonbai Abdykarov, Pengerusi Suruhanjaya Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama (The State Commission for Religious Affairs (SCRA) Republik Kyrgyz)
Dalam lawatan kerja rasmi di Republik Kyrgyz, saya bersama YBhg Datin Paduka Hajjah Hakimah Mohd Yusoff, Ketua Pengarah JAKIM Malaysia telah berkunjung hormat kepada H.E. Toigonbai Abdykarov, Pengerusi Suruhanjaya Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama (The State Commission for Religious Affairs (SCRA) Republik Kyrgyz). Pertemuan berlaku dengan penuh harmoni dalam kerangka JAKIM bersedia untuk berkongsi kepakaran […]
KENYATAAN MEDIA MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA) BERKENAAN PEMBERIAN INSENTIF SEBANYAK RM500 KEPADA BAKAL JEMAAH HAJI DARI KELUARGA B40 WILAYAH PERSEKUTUAN TAHUN 2024M/1445H
1. Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ingin memaklumkan bahawa pihak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah bersetuju untuk memberikan insentif sebanyak RM500 kepada 289 orang bakal jemaah haji dari keluarga B40 Wilayah Persekutuan untuk musim haji tahun 2024M/1445H. 2. Pemberian ini adalah tanda keprihatinan Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) kepada kebajikan masyarakat […]
KENYATAAN MEDIA MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA) BERKENAAN ISU PENUKARAN AGAMA SECARA UNILATERAL
1. Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan yang telah menolak permohonan kebenaran rayuan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Pendaftar Mualaf Negeri Perlis, Mufti Perlis dan Kerajaan Negeri Perlis terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan pengislaman 3 anak Loh Siew Hong yang […]
Program Jalinan Mesra Madani dan Bicara Aspirasi Al-Falah
Saya mengambil kesempatan mengadakan pertemuan bersama para pelajar dalam Program Jalinan Mesra Madani dan Bicara Aspirasi Al-Falah yang berlangsung di Istanbul. Saya berpesan kepada para pelajar untuk mengambil cakna dengan perkembangan semasa yang berlaku di dunia hari ini. Keberadaan para pelajar di bumi Turkiye ini wajar dimanfaatkan untuk meneroka pelbagai disiplin ilmu selain mempelajari pelbagai […]
World Islamic Scholars Consultative Meeting di Istanbul, Turkiye
Saya berada di Turki, memenuhi undangan menghadiri World Islamic Scholars Consultative Meeting di Istanbul, Turkiye. Persidangan ini membawa tema “Revival of the Hilf al-Fudul Concept Following the Gaza Crisis” Persidangan ini dihadiri oleh para ulama’, ilmuan termasuk Menteri-Menteri bertanggungjawab dalam hal ehwal Islam pelbagai negara. Semalam, TYT Recep Tayyip Erdogan, Presiden Turkiye telah mengundang semua […]