Mesyuarat Pasca Kabinet agensi Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

Mesyuarat Pasca Kabinet agensi Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Saya mengemaskini tindakan-tindakan semasa yang perlu diambil oleh agensi-agensi. Setiap agensi telah diperingatkan supaya melipatgandakan usaha memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat mengikut fungsi agensi. Dalam tempoh minggu ini ada beberapa acara besar melibatkan agensi Islam seperti Lawatan Rasmi […]

Pembentangan bacaan kali pertama 3 Rang Undang-Undang di Dewan Rakyat

Alhamdulillah, pagi tadi saya telah membentangkan bacaan kali pertama 3 Rang Undang-Undang di Dewan Rakyat. Rang Undang-Undang berkenaan ialah : 1) RUU Mufti (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2024 2) RUU Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2024 3) RUU Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2024 Usaha memperkukuh pentadbiran hal ehwal Islam adalah menjadi keutamaan saya […]

Perjumpaan YAB Perdana Menteri bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi Bulan Julai 2024

Sekitar Perjumpaan YAB Perdana Menteri bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi Bulan Julai 2024. Dalam pertemuan ini, YAB Perdana Menteri telah menyampaikan mesej penting khususnya memberikan penjelasan terhadap isu-isu semasa negara. Saya menyeru semua anggota Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) terus bekerja dengan bersungguh-sungguh dan berkualiti, memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat dan negara.

Setinggi-tinggi tahniah kepada Sahibus Samahah Profesor Madya Dr. Mohd Sukki bin Othman atas pelantikan sebagai Mufti Negeri Pulau Pinang

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Sahibus Samahah Profesor Madya Dr. Mohd Sukki bin Othman atas pelantikan sebagai Mufti Negeri Pulau Pinang. Pelantikan Sahibus Samahah Profesor Madya Dr Sukki bin Othman tentunya memimpin kecemerlangan Jabatan Mufti Pulau Pinang dan Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang dalam memperkukuh kefahaman umat Islam dalam hukum hakam dan kefatwaan. Selamat […]

KENYATAAN MEDIA PEJABAT MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA) BERKENAAN PENAFIAN PENGLIBATAN YANG BERHORMAT MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA) DALAM MENGAJAK MASYARAKAT UNTUK MENYERTAI MANA-MANA KUMPULAN DI MEDIA SOSIAL

1.​ Sejak kebelakangan ini, Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mendapati gambar serta profil dan kedudukan YB Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah disalah guna oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. 2.​ Sehubungan dengan itu, Pejabat ini menafikan Menteri di Jabatan […]

Menyambut ketibaan delegasi awal negara Mesir

Semalam, saya bersama TYT Ragai Nasr, Duta Besar Republik Arab Mesir di Malaysia telah menyambut ketibaan delegasi awal negara Mesir sempena Lawatan Rasmi Sheikh Al-Azhar ke Malaysia. Delegasi tersebut terdiri daripada H.E Abdel Rahman Mohamed Musa, Penasihat Sheikh al-Azhar (Hal Ehwal Luar Negara); al-Ustaz Ahmed Abdel Hadi Izzuddin, Ketua Pengarah Protokol Pejabat Sheikh al-Azhar; Tuan […]

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA) BERKENAAN LAWATAN RASMI SHEIKH AL-AZHAR, AL-IMAM AKBAR SHEIKH PROF. DR. AHMED MOHAMMED AL-TAYYIB, KE MALAYSIA PADA 2 HINGGA 5 JULAI 2024

KENYATAAN MEDIA MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA) BERKENAAN LAWATAN RASMI SHEIKH AL-AZHAR, AL-IMAM AKBAR SHEIKH PROF. DR. AHMED MOHAMMED AL-TAYYIB, KE MALAYSIA PADA 2 HINGGA 5 JULAI 2024 1.​Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ingin memaklumkan bahawa atas undangan YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Sheikh Al-Azhar Al-Imam Akbar Sheikh […]

Forum Perdana Ehwal Islam di Dewan Tun Canselor, Universiti Multimedia (MMU), Cyberjaya

Saya telah menghadiri program Forum Perdana Ehwal Islam yang bersiaran langsung dari Dewan Tun Canselor, Universiti Multimedia (MMU), Cyberjaya semalam. Forum Perdana ini dibawakan oleh Universiti Multimedia, Telekom Malaysia, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia, DRB Hicom, Bank Islam Malaysia Berhad bersama JAKIM dan RTM. Topik yang dibawa “Berat Sama Dipikul, Ringan Sama Dijinjing”, membincangkan peranan […]

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)

Pagi ini saya menyantuni para pegawai dan kakitangan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC). Pada majlis APC hari ini, seramai 92 orang pegawai telah menerima APC bagi tahun 2023 dan seramai 229 orang telah menerima Sijil Penghargaan Perkhidmatan. Selain itu, MAIWP juga telah mewujudkan satu Anugerah Khas baharu yang […]

Majlis Anugerah Khidmat Cemerlang (AKC) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)

Hari ini saya meraikan para penerima Anugerah Khidmat Cemerlang (AKC) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM). Sekalung tahniah saya ucapkan kepad 20 penerima AKC berkenaan. Kewujudan YADIM dalam pentadbiran hal ehwal Islam adalah amat signifikan untuk mencorak pembangunan insaniah dalam konteks masyarakat yang berbilang agama, bangsa dan kaum. Kita seharusnya terus bekerja dengan bersungguh-sungguh serta menerapkan […]

Selamat Datang, Welcome