Ucapan tahniah kepada seluruh warga kerja TV Alhijrah atas anugerah kandungan Islam terbaik World Islamic and Trade Award

Ucapan tahniah dan syabas saya ucapkan kepada Tuan Haji Mohd Khair Ngadiron, Pengerusi TVAlhijrah bersama Tuan Haji Namanzee Harris, Ketua Pegawai Eksekutif dan seluruh warga kerja TV Alhijrah atas kejayaan dinobat sebagai pengeluar kandungan Islam terbaik bagi Anugerah World Islamic and Trade Award anjuran Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA). Kejayaan ini telah membuktikan TV Alhijrah […]

Lawatan ke Dar Al-Islah Islamic School

Selepas program di Kedah saya bersama rombongan agensi agama terus menuju ke Dar Al-Islah Islamic School. Saya amat terkesan melihat kawasan sekolah ini yang sangat-sangat memerlukan pembaikan segera agar pelajar-pelajar ini boleh menimba ilmu dengan selesa. Kerana itu saya bersetuju meluluskan peruntukan sebanyak RM99,700 untuk selenggara naik taraf kantin dan tandas sekolah. Saya juga menyampaikan […]

Penyampaian bantuan RM1,000.00 kepada keluarga kejadian tanah runtuh

Saya dimaklumkan pada petang 22 Ogos 2024 ada berlaku kejadian tanah runtuh akibat hujan yang lebat dan kejadian tersebut amat hampir dengan kawasan perumahan. Demi keselamatan pihak Bomba mengarahkan 14 buah rumah dikosongkan. 12 buah rumah berpenghuni manakala dua buah rumah lagi tidak berpenghuni. Satu Pusat Penempatan Sementara (PPS) telah dibuka di Dewan Serbaguna Taman […]

Sambutan Hari Kebangsaan Ke-67

Saya bersama isteri hadir ke Dataran Putrajaya pagi tadi untuk menghadiri sambutan Hari Kebangsaan Ke-67. Subhanallah saya dapat lihat ratusan ribu rakyat Malaysia berhimpun pagi tadi demi memaknai kemerdekaan. Ada diantara mereka yang berkumpul sejak dari tengah malam tadi, MasyaAllah sungguh hebat semangat mereka. Inilah semangat yang kita perlukan demi melahirkan sebuah negara Malaysia Madani […]

HM: Cintai Tanah Air

Cintai Tanah Air Rasulullah SAW pernah berdoa maksudnya: “Ya Allah, jadikan kami mencintai Madinah seperti cinta kami kepada Makkah atau melebihi cinta kami pada Makkah.” (HR Bukhari) Bulan Ogos merupakan bulan kemerdekaan bagi rakyat Malaysia. Sebagai seorang rakyat Malaysia yang baik, kita dianjurkan untuk menzahirkan semangat kemerdekaan yang telah diperjuangkan oleh para pejuang tanah air […]

Majlis Amanat Perdana Hari Kebangsaan 2024

Mendengar amanat daripada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri sempena Majlis Amanat Perdana Hari Kebangsaan 2024 petang tadi benar-benar membuat kita berfikir sejenak menyingkap sejarah pengorbanan para pejuang terdahulu. Dengan sejarahlah dapat kita mensyukuri setiap nikmat kemerdekaan yang kita dan bakal anak cucu kita rasai. Moga sambutan Hari Kebangsaan esok dapat memaknai […]

Perasmian Pusat Hemodialisis MAIWP – PICOMS

Petang ini saya telah menyempurnakan Pusat Hemodialisis MAIWP – PICOMS. Setinggi-tinggi tahniah ingin saya sampaikan kepada pihak Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP (UCMI) yang telah berjaya menubuhkan cawangan baru bagi Pusat Hemodialisis ini. Ucapan tahniah kepada pihak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), yang telah memberikan sokongan penuh dalam merealisasikan penubuhan pusat ini. Jabatan Perdana Menteri […]

Malaysia Quran Hour 2024

Alhamdulillah, pagi ini bersempena kemerdekaan negara, telah dianjurkan Malaysia Quran Hour 2024 bertempat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. Dengan tema “Jiwa Merdeka : Memaknai Rukun Negara”, acara tahunan kali ini telah mentadabbur Surah Al-Hujurat dan Surat Al-Jumu’ah. Terima kasih saya ucapkan kepada YB Tuan Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi bersama YBhg Dato’ Hussamuddin Haji […]

Selamat Datang, Welcome