Taklimat Majlis Sambutan Maal Hijrah 1446H Peringkat Kebangsaan

Saya mahu Majlis Sambutan Maal Hijrah 1446H Peringkat Kebangsaan yang dijadual berlangsung pada hari Ahad ini berjalan dengan lancar. Dengan pengisian yang telah disusun, saya berharap ia memberi mesej kepada kita semua untuk bersatu membina kekuatan ummah. Itu antara mesej saya kepada YBhg Dato’ Dr Sirajuddin Suhaimee, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) JAKIM dan urus setia […]

Talimat daripada Ketua Pengarah IKIMfm berkaitan isu-isu semasa serta program-program yang akan dianjurkan oleh IKIM

Petang ini saya mendengar taklimat daripada YBhg. Prof. Madya Dato’ Dr. Mohamed Azam Mohamed Adil, Ketua Pengarah IKIMfm berkaitan isu-isu semasa serta program-program yang akan dianjurkan oleh IKIM. IKIM adalah sebuah agensi penting untuk memperkukuh kefahaman Islam kepada setiap lapisan masyarakat. Saya mahu IKIM terus memperhebat usaha memberikan penjelasan terhadap isu-isu berbangkit berkaitan Islam.

KENYATAAN MEDIA MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA) BERKENAAN LAWATAN RASMI PRESIDEN KESATUAN ULAMA SEDUNIA, PROF. DR. ALI MUHYIDDIN ALI AL-QARADAGHI 5 – 12 JULAI 2024

1.​​ Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ingin memaklumkan bahawa atas undangan YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Presiden Kesatuan Ulama Sedunia, Prof. Dr. Ali Muhyiddin Ali Al-Qaradaghi akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia bermula 5 Julai hingga 12 Julai 2024. 2.​​ Sheikh Ali Al-Qaradaghi merupakan Presiden Kesatuan Ulama Sedunia dan merupakan tokoh […]

Syarahan Sheikh Al-Azhar kepada pengurusan IKIM

Bertempat di WTC KL, semalam saya mengiringi Sheikh Al-Azhar, Al-Imam Al-Akbar, Sheikh Prof. Dr. Ahmed Mohammed Ahmed Al-Tayyeb untuk bertemu Pengerusi bersama Ahli Lembaga Pengarah IKIM dan kepimpinan pengurusan IKIM. Sheikh Al-Azhar turut menyampaikan syarahan kepada pengurusan IKIM yang berperanan besar untuk memberikan kefahaman Islam dan juga menyerlahkan keindahan Islam. Pada masa sama IKIM menghasilkan […]

Majlis Penganugerahan Profesor Kehormat kepada Al Imam Akhbar Profesor Dr.Ahmed Mohammed Al Tayeb; Sheikh Al Azhar Al-Sharif. Semalam saya hadir ke Majlis Konvokesyen Khas Universiti Islam Sains Malaysia (USIM)

Sekitar Majlis Konvokesyen Khas Universiti Islam Sains Malaysia (USIM) yang turut dihadiri Pro-Canselor YAM Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz yang telah memperkenan menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Pengajian Quran dan Sunnah kepada Sheikh Al-Azhar, Al-Imam Al-Akbar Sheikh Prof. Dr. Ahmed Muhammed Ahmed Al-Tayyeb, semalam. Al-Azhar Al-Syarief telah memberikan sumbangan besar […]

Pertemuan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bersama tokoh ulama’ dunia Sheikh Al-Azhar

Menjunjung setinggi-tinggi kasih atas limpah perkenan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sultan Iskandar atas perkenan menerima menghadap Sheikh Al-Azhar, Al-Imam Al-Akbar Sheikh Prof. Dr. Ahmed Mohammed Al-Tayyeb di Istana Negara. Sesungguhnya pertemuan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bersama tokoh ulama’ dunia Sheikh Al-Azhar amat bermakna serta mencerminkan keprihatinan yang […]

Syabas dan tahniah YB Dato’ Dr Ramli bin Dato’ Mohd Nor, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat atas kejayaan cemerlang memperoleh Ijazah Doktor Falsafah (PhD)

Saya dan seluruh warga Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) merakamkan syabas dan tahniah kepada YB Dato’ Dr Ramli bin Dato’ Mohd Nor, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat atas kejayaan cemerlang memperoleh Ijazah Doktor Falsafah (PhD). Sesungguhnya kejayaan ini telah memberikan semangat kepada semua untuk meneruskan pengajian kerana menuntut ilmu itu tiada penghujungnya. Tahniah dan […]

Majlis Ilmu Madani bersama Sheikh Al-Azhar

Sekitar Majlis Ilmu Madani bersama Sheikh Al-Azhar, Al-Imam Al-Akbar, Sheikh Prof. Dr. Ahmed Mohammed Al-Tayyeb di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya. Majlis ini dihadiri oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Dalam ucapan YAB Perdana Menteri amat mengalu-alukan kehadiran Sheikh Al-Azhar ke negara Malaysia yang menjadi gedung ilmu dalam dunia Islam. Ketika menyampaikan syarahan, Sheikhul […]

KENYATAAN MEDIA MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA) BERKENAAN PELAKSANAAN PROGRAM-PROGRAM KESEDARAN KESIHATAN MENTAL

1.​ Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mengambil maklum Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2023 yang telah mendedahkan bahawa seramai sejuta atau 4.6 peratus penduduk Malaysia berusia lebih 15 tahun mengalami kemurungan. 2.​ Menerusi hasil tinjauan tersebut yang dilakukan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia, bilangan penduduk yang mengalami kemurungan meningkat dua kali ganda dari 2019 […]

Selamat Datang, Welcome