Walkabout YAB Perdana Menteri sekitar gerai DBKL Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kuala Lumpur
Sebelum Solat Jumaat tadi, saya menyertai walkabout YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim meninjau keadaan para peniaga di sekitar gerai DBKL Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kuala Lumpur. Selain menyantuni para peniaga tersebut, ia juga meninjau serta mendapat maklum balas soal kebajikan dan keperluan para peniaga. Semoga dipermudahkan segala urusan para peniaga di sini […]
Ruang Bicara bersama Bernama: “Isu Semasa Hal Ehwal Islam”
Terima kasih kepada Bernama TV kerana telah mengundang saya malam ini. Malam ini kita berbincang tentang “Isu Semasa Hal Ehwal Islam”. Ada beberapa perkara saya ulas tadi khususnya agenda memperkasakan sistem perundangan kehakiman syariah. Terima kasih Wan Syahrina, Hos Ruang Bicara malam ini. Tidak dilupakan Puan Naizatul Shima Penerbit dan semua krew malam ini. Tidak […]
Kunjungan wakil dari Allied Coordinating Committee of Islamic NGOs (ACCIN)
Petang tadi saya dikunjungi oleh beberapa wakil dari Allied Coordinating Committee of Islamic NGOs (ACCIN) diketuai Ketua Pegawai Eksekutif, YBrs Ir. Haji Mohd Jamaludin. ACCIN sebuah gabungan NGO Islam ditubuhkan pada 2001 dengan hasil usaha pimpinan beberapa buah NGO berteraskan dakwah. Saya amat berterima kasih dengan usaha mereka dalam dakwah Islamiah. Saya telahmenyerahkan 10 Resolusi […]
Tahniah Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan baharu
Saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada YBrs Tuan Mohd Asri bin Abdullah yang telah dilantik sebagai Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan. Beliau merupakan Pegawai Hal Ehwal Islam JAKIM yang mempunyai kepakaran dan pengalaman luas dalam pentadbiran hal ehwal Islam. Semoga YBrs Tuan Mohd Asri dapat melaksanakan amanah dengan penuh dedikasi dan cemerlang. […]
Pertemuan bersama YB Senator Dato Awang Bemee Bin Awang Ali Basah
Berkesempatan bertemu YB Senator Dato Awang Bemee Bin Awang Ali Basah di pejabatnya di Parlimen. Saya menyampaikan ucapan tahniah kepada YB Senator di atas pelantikan sebagai Yang Di-Pertua Dewan Negara ke-21. Moga YB Senator dikurniakan kesihatan yang baik untuk memegang amanah ini sebaik mungkin.
Kunjungan Dewan Bahasa dan Pustaka
Pagi ini saya menerima kunjungan daripada pihak Dewan Bahasa dan Pustaka. Pertemuan berlangsung di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Alhamdulillah saya berkongsi tentang hala tuju serta mengulas beberapa isu semasa pentadbiran hal ehwal agama yang akan dimuatkan dalam Dewan Tamadun Islam terbitan Dewan Bahasa Pustaka. Saya amat mengesyorkan masyarakat untuk mendapatkan bahan-bahan penerbitan dari […]
Majlis Pelancaran Sahabat Waqaf Korporat Yayasan Waqaf Malaysia
“Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) beriltizam memperkasakan wakaf secara global selaras dengan agenda nasional iaitu wakaf menyumbang 10% kepada pengembangan sektor kewangan Islam menjelang tahun 2030. Pelan Induk Wakaf Nasional 2025-2030 dibangunkan oleh JAWHAR dan YWM bagi gerak kerja di peringkat MAIN dan Pesekutuan.” YB Senator Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im Hj. Mokhtar […]
Daurah Pengajian Al-Muhaddis Syaikh Latif Ar-Rahman Al Bahraiji Al-Makki
Saya mengambil kesempatan hadir ke Daurah Pengajian Al-Muhaddis Syaikh Latif Ar-Rahman Al Bahraiji Al-Makki di Maahad Tahfiz Miftahul Ulum Hulu Langat, Selangor malam tadi. Alhamdulillah, saya amat bersyukur dapat hadir ke majlis ilmu selain dapat menyantuni para ilmuan. Proses mencari ilmu tidak pernah terhenti. Adalah menjadi kewajipan kepada kita semua untuk sentiasa memperlengkapkan diri dengan […]
Majlis Pelancaran Sahabat Wakaf Korporat Yayasan Waqaf Malaysia (YWM)
Sekitar Majlis Pelancaran Sahabat Wakaf Korporat Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) di Putrajaya hari ini. Alhamdulillah, hingga ke hari ini, sebanyak 21 agensi dan syarikat korporat telah menjadi rakan strategik YWM melalui pelbagai bentuk kerjasama seperti menyedia platform pewakafan, perkhidmatan teknologi maklumat, perkongsian kepakaran dan pembangunan projek-projek wakaf. Kerjasama ini juga bukan hanya memberi manfaat kepada […]
Tahniah Yang di-Pertua Dewan Negara ke-21
Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada YB Senator Dato’ Awang Bemee bin Awang Ali Basah atas pelantikan sebagai Yang di-Pertua Dewan Negara ke-21. Ketokohan YB Senator Dato’ Awang Bemee bin Awang Ali Basah sudah semestinya akan melaksanakan tugas dengan penuh amanah dan cemerlang.