Taklimat Pra-Persidangan Dewan Rakyat dan Dewan Negara

Taklimat Pra-Persidangan Dewan Rakyat dan Dewan Negara Petang ini menghadiri taklimat oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim Perdana Menteri dalam Pra Persidangan Dewan Rakyat, Parlimen Ke-15 di Kompleks Sri Perdana, Putrajaya. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan serta mengurniakan yang terbaik demi agama, negara dan ummah.

Amanat Tahun 2025 bertemakan “Amanat Al-Falah 2025: Islam Mekar di Bumi Malaysia”.

Marilah bersama-sama kita warga agensi bersatu hati, bergerak seiring memartabat Islam di Malaysia. Semua warga agensi perlu meningkatkan usaha serta menumpukan fokus bagi menjayakan usaha ini. Itu antara mesej yang saya saya sampaikan dalam Amanat Tahun 2025 bertemakan “Amanat Al-Falah 2025: Islam Mekar di Bumi Malaysia”. Tahun 2025 ini semua agensi perlu menggerakkan 5 agenda […]

Sidang Media Prestasi Kutipan dan Agihan Zakat 2024

Alhamdulillah dengan berkat usaha warga kerja serta keprihatinan dan kesedaran pembayar zakat, Pusat Pungutan Zakat telah berjaya mengutip keseluruhan zakat pada tahun 2024 sebanyak RM1,133,641,480.51 iaitu peningkatan sebanyak 10% berbanding kutipan pada tahun 2023 sebanyak RM1,031,301,080.55. Jumlah keseluruhan pembayar zakat turut meningkat sebanyak 2% iaitu daripada 1,835,902 orang pada tahun 2023 kepada 1,864,703 orang pada […]

Mesyuarat Jawatankuasa Induk Sambutan Maal Hijrah dan Maulidur Rasul SAW Tahun 1447 Hijri

Pagi ini saya mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Sambutan Maal Hijrah dan Maulidur Rasul SAW Tahun 1447 Hijri. Pelaksanaan kedua-dua acara ini adalah untuk menyemarakkan penghayatan Islam, malah ia sebagai tanda syiar Islam sentiasa mekar di Malaysia seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Tentunya saya meminta semua Jawatankuasa mengambilkira post-mortem pada acara tahun lalu dan ditambahbaik […]

Kunjungan daripada Yayasan Seaweed

Saya turut menerima kunjungan daripada Yayasan Seaweed, yang dipimpin oleh Dato’ Dr. Mustapha bin Ahmad S. Marican, Pengerusi NGO Antarabangsa dan penerima Tokoh Utama Maulidur Rasul 2020. Kami berbincang mengenai peranan NGO antarabangsa dalam usaha memperkukuh hubungan serta pembangunan ummah di peringkat global dan tempatan. Saya sangat menghargai usaha dan komitmen Yayasan Seaweed dalam terus […]

Pertemuan bersama Ketua Unit Komunikasi Korporat dan Pentadbir Media Sosial Agensi-Agensi di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

Pagi ini juga saya mengadakan pertemuan bersama Ketua Unit Komunikasi Korporat dan Pentadbir Media Sosial Agensi-Agensi di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Pasukan komunikasi strategik amat penting untuk mempromosikan dasar serta program Kerajaan Madani khususnya di JPM (Hal Ehwal Agama). Saya melahirkan rasa penghargaan kepada semua pasukan komunikasi strategik dan pentadbir media sosial agensi […]

Walkabout ke Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)

Petang ini saya melakukan walkabout ke Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), sebuah institusi latihan di bawah JAKIM. Saya meninjau kelas-kelas akademik dan fasiliti yang tersedia di ILIM. Berdasarkan kepentingan peranan dan fungsi ILIM ini, saya melihat ianya perlu terus diperkasakan bersesuaian dengan agenda reformasi perkhidmatan awam khususnya dalam pembangunan sumber manusia. Untuk memastikan ILIM terus […]

Bantuan Gerobok Rezeki Komuniti Universiti

Pagi ini saya bersama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan berada di Kolej Islam Antarabangsa – IIC dalam acara Bantuan Gerobok Rezeki Komuniti Universiti. Ini adalah antara usaha MAIWP turun ke lapangan untuk membantu para asnaf dan mereka yang memerlukan. Program ini diharapkan meringankan beban mahasiswa daripada golongan B40 dengan menyediakan keperluan asas seperti makanan dan […]

Majlis Konvokesyen Kali Ke-15 Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP (UCMI)

Majlis Konvokesyen Kali Ke-15 Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP (UCMI) telah dilangsungkan dengan penuh bersejarah. Majlis Konvokesyen Kali ke-15 ini meraikan seramai 1,094 orang graduan yang telah berjaya menamatkan pengajian masing-masing setelah berjuang dengan penuh kegigihan dan ketabahan sehingga mengenggam kejayaan. Tentunya hari ini adalah hari yang terindah kepada para graduan sekalian. Lebih-lebih lagi para ibu […]

Selamat Datang, Welcome