Lawatan ke Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih, di Chow Kit Kuala Lumpur
Pagi tadi saya amat berbesar hati dapat melawat kali yang pertama anak-anak Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih, di Chow Kit Kuala Lumpur. Sekolah ini terletak di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia yang menyediakan akses pendidikan formal dalam persekitaran kondusif bagi anak-anak di sini. Pendidikan begitu penting dalam kehidupan kita. Dengan ilmu dan pendidikan, mudah-mudahan anak-anak di sini […]
Ucapan tahniah dan syabas kepada YBrs. Profesor Dr. Nik Salida Suhaila binti Nik Saleh atas pelantikan sebagai Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Mewakili seluruh warga Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) saya ingin merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada YBrs. Profesor Dr. Nik Salida Suhaila binti Nik Saleh atas pelantikan sebagai Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), berkuat kuasa mulai 12 Ogos 2024 hingga 11 Ogos 2026. Saya percaya pelantikan ini akan […]
Majlis Istiadat Konvokesyen IKMAS 2024
Mewakili Kerajaan Persekutuan, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas kehadiran Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan menyempurnakan Majlis Istiadat Konvokesyen IKMAS Kali Ke-20. Majlis Istiadat Konvokesyen IKMAS hari ini meraikan kejayaan 70 orang graduan yang […]
Rakaman program Forum Perdana Ehwal Islam bertajuk ‘Pewaris Pendakwah’
Malam ini berkesempatan ke Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS) untuk menyaksikan rakaman program Forum Perdana Ehwal Islam bertajuk ‘Pewaris Pendakwah’. Rakaman episod kali ini adalah bersempena Majlis Istiadat Konvokesyen IKMAS. Forum Perdana kali ini dibarisi panel jemputan iaitu Mufti Sarawak Sahibus Samahah Datu Haji Kipli Bin Haji Yassin, Pengarah JAWI YBhg Datuk Mohd Ajib […]
Program Komuniti Madani Sarawak 2024
Alhamdulillah petang tadi saya berkesempatan ke Sekolah Kebangsaan Salak yang terletak di Kampung Pulau Salak, Kuching, Sarawak. Perjalanan ke kampung tersebut perlu menaiki bot dari Jeti Kampung Semariang Batu dan perjalanan mengambil masa kira-kira 30 minit Sampai sahaja di sana saya bersama agensi di bawah JPM (Hal Ehwal Agama) menyantuni guru-guru, anak murid dan penduduk […]
Program Jelajah Madani Ulama’ Dan Umara’ Peringkat Sarawak 2024
Terima kasih saya ucapkan kepada YAB Datuk Patinggi Tan Sri Dr. Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Premier Sarawak kerana sudi melapangkan masa hadir ke Program Jelajah Madani Ulama’ Dan Umara’ Peringkat Sarawak 2024 yang dianjurkan JAKIM dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS). Alhamdulillah hari ini 3 orang penerima […]
Program Sumbangan Minyak Pelincir Enjin kepada Pemandu E-Hailing Grab dan Teksi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpu
Terima kasih diucapkan kepada YB Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak kerana sudi melapangkan masa hadir ke Program Sumbangan Minyak Pelincir Enjin kepada Pemandu E-Hailing Grab dan Teksi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan sekaligus memberi semangat kepada pemandu yang hadir pada hari ini. Moga sumbangan dari MAIWP & PPZ […]
Ucapan tahniah dan syabas kepada YBhg. Dato’ Sri Shamsul Azri Bin Abu Bakar yang telah dilantik sebagai Ketua Setiausaha Negara
Saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada YBhg. Dato’ Sri Shamsul Azri Bin Abu Bakar yang telah dilantik sebagai Ketua Setiausaha Negara berkuat kuasa 12 Ogos 2024. Sebelum ini beliau merupakan Ketua Pengarah Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS). Semoga YBhg. Dato’ Sri Shamsul Azri Bin Abu Bakar dikurniakan keafiatan agar dapat melaksanakan amanah dengan penuh dedikasi […]
Ucapan Selamat Ulang Tahun Kelahiran kepada YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri
Seluruh warga Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mengucapkan Selamat Ulang Tahun Kelahiran kepada YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri. Semoga YAB Dato’ Seri dipanjangkan umur, segala urusan dimudahkan dan dilimpahi rahmat oleh Allah SWT. Kami juga mendoakan agar YAB Dato’ Seri dikurniakan keafiatan dan kesihatan yang baik untuk terus mengemudi rakyat Malaysia dalam […]
Ucapan penghargaan atas segala jasa dan bakti YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd. Zuki bin Ali Ketua Setiausaha Negara
Saya mewakili seluruh warga Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan penghargaan atas segala jasa dan bakti YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd. Zuki bin Ali sepanjang menggalas amanah sebagai Ketua Setiausaha Negara. YBhg. Tan Sri Dato’ Seri amat berjasa besar kepada pentadbiran hal ehwal Islam dan segala nasihat […]