KENYATAAN MEDIA MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA) BERKAITAN ARAHAN PERTEMUAN JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA BERSAMA PIHAK GISB HOLDINGS SDN. BHD.

1. Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) sekali-kali tidak akan berkompromi dalam isu-isu berkaitan akidah umat Islam. Ia adalah perkara asas dalam agama Islam yang mesti dipelihara setiap masa. 2. Apa-apa kegiatan yang diragui dan boleh memesongkan akidah umat Islam, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) meminta masyarakat yang mempunyai apa-apa maklumat yang berkaitan, untuk […]

Mesyuarat persiapan Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan 1446H/2024M

Usai solat jumaat saya kembali ke pejabat, berbincang dengan pasukan JAKIM dan penerbitan TV Alhijrah untuk persiapan Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan 1446H/2024M. Akan disiarkan nanti video kapsul dalam Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan nanti. Ia pasti menyentuh jiwa. Tahniah JAKIM dan TV Alhijrah, semoga dengan video kapsul ini dapat memberi kesedaran […]

Skim Pembiayaan Hafiz (SPH)

Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) melalui JAKIM meneruskan program Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) untuk membantu para pelajar yang menghafal Al-Quran. Alhamdulillah pagi tadi saya menyampaikan amanat kepada pelajar huffaz tajaan Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) Jakim 2024. Tahun ini seramai 82 pelajar yang menerima pembiayaan dari skim ini. Mereka ini akan menyambung pengajian di peringkat […]

International Conference Family Law (ICFL 2024) bertemakan “Empowerment of Child Maintenance”

Petang tadi menghadiri International Conference Family Law (ICFL 2024) bertemakan “Empowerment of Child Maintenance”. Saya amat terharu apabila persidangan ini yang dimulakan pada tahun 2022 ketika saya masih memegang jawatan Ketua Pengarah merangkap Ketua Hakim Syarie JKSM diteruskan sehingga hari ini. Inilah platform yang amat sesuai untuk kita menimba ilmu baharu terutamanya dalam bab perundangan […]

KENYATAAN MEDIA MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA) BERKAITAN PENGANJURAN MALAM CINTA RASUL SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SAW PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 1446H/2024

1. Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan menganjurkan program Malam Cinta Rasul sempena Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan Tahun 1446H/2024. Program ini bakal diadakan pada 15 September 2024 (Ahad) bertempat di Dataran Putra, Putrajaya. 2. Program ini telah disusun oleh Jabatan Perdana Menteri (Hal Ewal Agama) sebagai […]

Kayuhan Peduli MAIPs

Menjunjung kasih Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail. Kayuhan Peduli MAIPs bersama Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail. Sambil berbasikal, telah disampaikan bantuan daripada agensi agama kepada 3 buah rumah asnaf. Moga Allah mengurniakan keafiatan […]

Majlis Konvensyen KAFA Peringkat Kebangsaan

Patik merafak sembah dan menjunjung setinggi-tinggi kasih atas limpah perkenan Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil atas limpah perkenan Duli-Duli Tuanku berangkat ke Majlis Konvensyen KAFA Peringkat Kebangsaan yang […]

Ucapan tahniah kepada seluruh warga kerja TV Alhijrah atas anugerah kandungan Islam terbaik World Islamic and Trade Award

Ucapan tahniah dan syabas saya ucapkan kepada Tuan Haji Mohd Khair Ngadiron, Pengerusi TVAlhijrah bersama Tuan Haji Namanzee Harris, Ketua Pegawai Eksekutif dan seluruh warga kerja TV Alhijrah atas kejayaan dinobat sebagai pengeluar kandungan Islam terbaik bagi Anugerah World Islamic and Trade Award anjuran Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA). Kejayaan ini telah membuktikan TV Alhijrah […]

Selamat Datang, Welcome