Sambutan Hari Kebangsaan Ke-67
Saya bersama isteri hadir ke Dataran Putrajaya pagi tadi untuk menghadiri sambutan Hari Kebangsaan Ke-67. Subhanallah saya dapat lihat ratusan ribu rakyat Malaysia berhimpun pagi tadi demi memaknai kemerdekaan. Ada diantara mereka yang berkumpul sejak dari tengah malam tadi, MasyaAllah sungguh hebat semangat mereka. Inilah semangat yang kita perlukan demi melahirkan sebuah negara Malaysia Madani […]
HM: Cintai Tanah Air
Cintai Tanah Air Rasulullah SAW pernah berdoa maksudnya: “Ya Allah, jadikan kami mencintai Madinah seperti cinta kami kepada Makkah atau melebihi cinta kami pada Makkah.” (HR Bukhari) Bulan Ogos merupakan bulan kemerdekaan bagi rakyat Malaysia. Sebagai seorang rakyat Malaysia yang baik, kita dianjurkan untuk menzahirkan semangat kemerdekaan yang telah diperjuangkan oleh para pejuang tanah air […]
Majlis Amanat Perdana Hari Kebangsaan 2024
Mendengar amanat daripada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri sempena Majlis Amanat Perdana Hari Kebangsaan 2024 petang tadi benar-benar membuat kita berfikir sejenak menyingkap sejarah pengorbanan para pejuang terdahulu. Dengan sejarahlah dapat kita mensyukuri setiap nikmat kemerdekaan yang kita dan bakal anak cucu kita rasai. Moga sambutan Hari Kebangsaan esok dapat memaknai […]
Perasmian Pusat Hemodialisis MAIWP – PICOMS
Petang ini saya telah menyempurnakan Pusat Hemodialisis MAIWP – PICOMS. Setinggi-tinggi tahniah ingin saya sampaikan kepada pihak Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP (UCMI) yang telah berjaya menubuhkan cawangan baru bagi Pusat Hemodialisis ini. Ucapan tahniah kepada pihak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), yang telah memberikan sokongan penuh dalam merealisasikan penubuhan pusat ini. Jabatan Perdana Menteri […]
Malaysia Quran Hour 2024
Alhamdulillah, pagi ini bersempena kemerdekaan negara, telah dianjurkan Malaysia Quran Hour 2024 bertempat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. Dengan tema “Jiwa Merdeka : Memaknai Rukun Negara”, acara tahunan kali ini telah mentadabbur Surah Al-Hujurat dan Surat Al-Jumu’ah. Terima kasih saya ucapkan kepada YB Tuan Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi bersama YBhg Dato’ Hussamuddin Haji […]
Ucapan Tahniah kepada Tuan Yang Terutama Ambassador Ahmad Irham Ikmal Hisham di atas lantikan sebagai Duta Besar Malaysia Ke Peru
Setinggi tahniah diucapkan kepada Tuan Yang Terutama Ambassador Ahmad Irham Ikmal Hisham di atas lantikan sebagai Duta Besar Malaysia Ke Peru. Moga TYT Ambassador dapat melaksanakan amanah dengan sebaiknya dan sentiasa dalam rahmat Allah.
Mesyuarat Pengurusan Tertinggi Ogos 2024
Selepas selesai program di Sepang saya bergegas ke Putrajaya untuk mempengerusikan mesyuarat pengurusan tertinggi bersama ketua-ketua agensi dibawah seliaan saya. Pelbagai isu yang dibincangkan demi kemaslahatan umat Islam terutamanya di Wilayah Persekutuan. Moga segala apa yang kita usahakan dinilai sebagai ibadah di sisi Allah.
Konvensyen Madani: Ke Arah Penghayatan Dan Pembudayaan Nilai Dalam Era Digital Tahun 2024″
Alhamdulillah tengah hari tadi saya merasmikan program “Konvensyen Madani: Ke Arah Penghayatan Dan Pembudayaan Nilai Dalam Era Digital Tahun 2024”. Saya menzahirkan penghargaan kepada Jakim dan Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU), Jabatan Perdana Menteri di atas usaha dan kerjasama menjayakan konvensyen ini. Agenda nilai-nilai madani perlu digerakkan dengan penuh optimum dalam sektor awam khususnya. JAKIM […]
KENYATAAN MEDIA MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA) BERKAITAN KEHADIRAN IBRAHIM MAT ZAIN DI LOKASI PENCARIAN MANGSA TANAH JERLUS DI JALAN MASJID INDIA, KUALA LUMPUR
1. Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mengambil maklum kegelisahan umat Islam terhadap kehadiran Ibrahim Mat Zain di lokasi pencarian mangsa tanah jerlus di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur. Individu tersebut telah memberikan tawaran untuk membantu mencari mangsa tanah jerlus. 2. Sebagai makluman semua pihak, pada 2017, individu tersebut telah didakwa di Mahkamah Syariah Wilayah […]
Santun pulang Tuan Yang Terutama Dr. Tawfig Al-Rabiah, Menteri Haji dan Umrah, Kerajaan Arab Saudi
Pagi ini menghantar pulang sahabat saya Tuan Yang Terutama Dr. Tawfig Al-Rabiah, Menteri Haji dan Umrah, Kerajaan Arab Saudi ke KLIA. Terima kasih saya ucapkan kepada Dr. Tawfiq di atas kesudian membuat lawatan kerja ke Malaysia. Moga ukhuwwah yang terjalin dapat memberi manfaat kepada kedua-dua negara.