Majlis Perasmian Makanan Halal: Selera Sedunia

Sekitar Majlis Perasmian Makanan Halal: Selera Sedunia di AEON Mall Shah Alam. Dalam program ini, pihak JAKIM juga telah membuka kaunter Khidmat Nasihat Halal. Turut bersama saya dalam majlis ini ialah Ustaz Muhyidin bin Aziz @ Saari, Pengarah Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM. Semoga program seumpama ini dapat mempertingkatkan kesedaran serta kefahaman tentang kepentingan pensijilan halal […]

Majlis Multaqa Murabbi Institusi Pendidikan Islam Peringkat Kebangsaan di Kompleks Islam Putrajaya

Sekitar Majlis Multaqa Murabbi Institusi Pendidikan Islam Peringkat Kebangsaan di Kompleks Islam Putrajaya. Pembangunan modal insan menjadi salah satu agenda utama Kerajaan Madani bagi melahirkan generasi pelapis kelas pertama, yang seimbang dari aspek rohani, jasmani dan intelek. Kita semua percaya bahawa pendidikan adalah segala-galanya untuk membentuk generasi yang menjulang tinggi nilai karamah insaniah. Ilmu yang […]

Program Taaruf Pelajar Baharu Sarjana Muda USIM

USIM telah menerima seramai 2,250 orang pelajar baharu bagi program Sarjana Muda dan akan melanjutkan pengajian dalam pelbagai bidang yang ditawarkan di sini. Syabas dan tahniah kepada semua pelajar baharu yang telah melayakkan diri ke USIM. Semoga perjalanan saudara-saudari di sini menjadi titik permulaan kepada kejayaan pada masa hadapan kelak. Tahniah juga diucapkan kepada seluruh […]

Majlis Pengisytiharan Diri Solat Jumaat bagi Masjid Az-Zahrawi Hospital Kuala Lumpur

Masjid merupakan institusi terpenting dalam kehidupan umat Islam. Kewujudan masjid mencerminkan kemuliaan dan tempat penyatuan umat Islam di sesebuah kariah. Dalam sirah Islam, masjid mempunyai kedudukan yang tinggi. Masjid merupakan rumah ibadah bagi umat Islam untuk melaksanakan solat serta lain-lain ibadat sunat termasuk majlis ilmu, pusat pentadbiran dan musyawarah dan sebagainya. Masjid menjadi institusi yang […]

Menyantuni para pemandu teksi dan kereta sewa di Putrajaya Sentral

Saya doakan semua urusan tuan-puan mencari rezeki sentiasa dipermudahkan Allah. Moga sentiasa selamat dalam perjalanan. Itu antara kata yang saya titipkan ketika bersilaturrahim dengan para pemandu teksi dan kereta sewa di Putrajaya Sentral pagi ini. Saya bersama Yayasan Waqaf Malaysia turun menyantuni para pemandu teksi dan kereta sewa di Putrajaya Sentral. 74 orang pemandu teksi […]

Forum Perdana Ehwal Islam berkaitan Jenayah Qazaf

Sekitar Forum Perdana Ehwal Islam di TV1 bersama Al Fadhil Ustaz Ahmad Fauwaz bin Fadzil dan Tuan Noorazmir Zakaria. Topik malam ini berkaitan Jenayah Qazaf. Semoga ia memberi manfaat kepada masyarakat. Insyaallah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan terus memberikan pengisian bermanfaat yang membina tasawwur ilmu.

Ucapan takziah Almarhum Ustaz Mohammed Yusof Bin Abu Bakar penulis khat untuk Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya

Salam takziah diucapkan kepada keluarga Almarhum Ustaz Mohammed Yusof Bin Abu Bakar atas pemergian Almarhum Ustaz Mohammed Yusof ke rahmatullah. Almarhum sebelum ini penulis khat utama untuk ruang solat Masjid Negara di era pembinaannya. Almarhum juga penulis khat untuk Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya. Sumbangan Almarhum dalam bidang khat di […]

Menerima kunjungan Dr Bashir Mohamed Al-Azhari

Saya dikunjungi Dr Bashir Mohamed Al-Azhari, bersama pasukan beliau ke pejabat saya tadi. Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) meletakkan agenda pendidikan sebagai antara perkara penting yang mahu dicapai dalam Pelan Transformasi Al-Falah. Kita mahu menggerakkan semua institusi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) untuk memakmurkan ilmu mengambil contoh YAB Perdana Menteri yang […]

Pembentangan Resolusi Persidangan Forum Serantau YAPEIM 2024

Selepas mendengar serta menghayati pembentangan resolusi yang berjaya dicapai hasil persidangan Forum Serantau YAPEIM 2024 selama dua hari, bagi pihak Kerajaan Malaysia saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pembentang dan ahli panel kerana telah menyumbangkan idea inklusif dan inisiatif segar yang tentunya akan diambil tindakan termasuk kajian serta perincian susulan. Semoga dengan resolusi ini […]

KENYATAAN MEDIA MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA) BERKAITAN SARANAN MELAKSANAKAN SOLAT HAJAT BAGI MENDOAKAN KESELAMATAN DAN KESEJAHTERAAN DARI TRAGEDI SERANGAN ISRAEL KE ATAS GAZA, LUBNAN, SYRIA DAN YAMAN

1- Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menyarankan agar masjid-masjid utama di bawah pentadbiran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) iaitu Masjid Negara, Masjid Putra, Putrajaya dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya untuk melaksanakan solat hajat bagi mendoakan kesejahteraan dan keselamatan buat semua mangsa tragedi serangan rejim Israel ke atas Gaza, Lubnan, Syria dan Yaman. […]