Menyantuni para penerbit dan petugas Penyiaran JAKIM

Malam ini sebelum ke Dewan Merdeka, WTC, saya menyantuni para penerbit dan petugas Penyiaran JAKIM yang membuat tugasan siaran langsung Majlis Tilawah dan Hafazan Peringkat Antarabangsa di saluran TV dan Radio RTM. Saya amat memahami pengorbanan mereka berjauhan dengan isteri, suami dan anak-anak semata-mata mahu memberikan yang terbaik kepada negara. Mereka semua adalah barisan hadapan […]
Mesyuarat penyelarasan program pengajian Samaa’ hadis Sahih Al-Bukhari peringkat Kebangsaan

Saya mempengerusikan mesyuarat penyelarasan program pengajian Samaa’ hadis Sahih Al-Bukhari peringkat Kebangsaan bersama agensi-agensi hal ehwal Islam. Turut bersama dalam mesyuarat tadi Pertububan Attaibah dan beberapa NGO lain. Semoga dengan penganjuran majlis ini, umat Islam akan menghayati ilmu hadis. Program Samaa’ Hadis ini akan diadakan pada 10-21 November 2024 di Masjid Putra, Putrajaya. Ini adalah […]
KENYATAAN MEDIA MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA) BERKENAAN SOKONGAN KEPADA KENYATAAN YAB PERDANA MENTERI DALAM WAWANCARA BERSAMA WARTAWAN MEHDI HASAN

1. Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menyokong penuh kenyataan YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri ketika wawancara bersama wartawan Mehdi Hasan yang disiarkan di portal rasmi Bernama pada 7 Oktober 2024. 2. YAB Perdana Menteri dengan tegas menyebut tentang kepentingan memperkukuh perpaduan dan toleransi dalam kemajmukan masyarakat selain memastikan tadbir urus yang baik […]
Program Pemahaman Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 [Akta 303]

Ilmu tidak boleh terpisah dalam hidup kita. Ilmu adalah penyuluh kehidupan . Hari ini saya bersama-sama warga Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan – JAWI, menyampaikan perkongsian ilmu berkaitan Pemahaman Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 [Akta 303]. Majlis ilmu diadakan di Dewan Besar Masjid Saidina Abu Bakar, Bangsar, Kuala Lumpur. […]
Menyantuni Encik Mohamad Khairul Azman bin Jamaludin di PPR Kg Baru Air Panas, Kuala Lumpur

Saya bergerak bersama MAIWP menyantuni Encik Mohamad Khairul Azman bin Jamaludin di kediaman PPR Kg Baru Air Panas, Kuala Lumpur. Beliau berniaga burger manakala isteri beliau tidak bekerja kerana menjaga anak-anak yang masih kecil. Dahulunya keluarga ini menyewa bilik di sebuah flat Seksyen 10, Wangsa Maju bersama seorang kawan. Beliau akan membayar duit sewa bilik […]
Menyantuni Encik Ramli bin Yusuf

Berikutnya saya menyantuni Encik Ramli bin Yusuf yang berusi 74 tahun. Beliau tinggal di PPR Beringin, Kuala Lumpur. Beliau telah diuji dengan menghidap sakit buah pinggang, darah tinggi dan kencing manis kronik. Beliau turut dibantu oleh wang zakat MAIWP dengan bantuan kewangan bulanan, bantuan keperluan asasi, bantuan perubatan am, bantuan peralatan kesihatan yang keseluruhannya secara […]
Menyantuni asnaf Encik Awaluddin bin Ismail

“Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya” Saya bersama pengurusan MAIWP menyantuni asnaf Encik Awaluddin bin Ismail yang telah diuji dengan sakit kanser usus. Encik Awaluddin perlu menjalani rawatan kimoterapi di Hospital Kuala Lumpur. Beliau dan isteri telah dianugerahkan 2 orang anak. Beliau adalah salah seorang asnaf yang dibantu oleh MAIWP dengan bantuan kewangan […]
Menyantuni asnaf Encik Jamal bin Sulaiman di PPR Beringin, Kuala Lumpur

Pagi ini saya turun menyantuni asnaf Encik Jamal bin Sulaiman di kediaman beliau di PPR Beringin, Kuala Lumpur. Encik Jamal adalah ketua keluarga menanggung isteri dan seorang orang anak berusia 10 tahun. Beliau tidak dapat bekerja kerana diuji dengan masalah kesihatan kronik. Manakala, isteri beliau tidak bekerja kerana menjaga Encik Jamal dan menguruskan anak yang […]
KENYATAAN MEDIA MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA) BERKAITAN ISU PELANCONG BERPAKAIAN SONGSANG KETIKA ACARA LARIAN

1. Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ingin merujuk Kenyataan Media YAB Dato’ Onn Hafiz, Menteri Besar Johor bertarikh 5 Oktober 2024 berkaitan perkara di atas. 2. Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mengambil maklum Kenyataan Media YAB Menteri Besar Johor yang jelas menyatakan bahawa acara larian tersebut tidak dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Johor mahupun […]
Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Antarabangsa Kali ke-64

Alhamdulillah, Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Antarabangsa Kali ke-64 telah bermula malam ini. Majlis telah disempurnakan perasmian oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri. Temasya tahunan yang amat ditunggu-tunggu umat Islam ini akan berlangsung sehingga 12 Oktober 2024 bertempat di World Trade Centre (WTC) Kuala Lumpur. Seramai 92 orang peserta terbaik dari 71 […]