1. Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menyokong penuh komitmen YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri untuk menggerakkan usaha membina sebuah sekolah, hospital dan masjid di Gaza, Palestin dalam usaha
pembinaan semula Gaza seperti yang dizahirkan pada 29 Januari 2025.
2. Bagi tujuan tersebut, di peringkat Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), saya akan membentuk dan mempengerusikan Jawatankuasa Khas Penyelarasan Agensi-Agensi yang diurussetiakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM dan Yayasan Waqaf Malaysia untuk menggembleng potensi dan ruang komprehensif ke arah mendokong komitmen YAB Perdana Menteri.
3. Jawatankuasa Khas ini akan menjalinkan kerjasama dengan pihak berkuasa agama Islam Negeri-Negeri serta rakan-rakan strategik bagi mempertingkat kerjasama menyeluruh masyarakat dalam pembangunan semula Gaza.
4. Marilah bersama-sama berdoa agar segala perancangan yang disusun ini terlaksana dengan jayanya. Semoga Allah Allah Subhanahu Wataala memberikan limpahan kesejahteraan dan kekuatan kepada rakyat Palestin menghadapi ujian berat ini.
Sekian, terima kasih.
SENATOR DATO’ SETIA DR. HJ. MOHD NA’IM BIN HJ. MOKHTAR
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
29 Januari 2025