Sidang Media Prestasi Kutipan dan Agihan Zakat 2024

Alhamdulillah dengan berkat usaha warga kerja serta keprihatinan dan kesedaran pembayar zakat, Pusat Pungutan Zakat telah berjaya mengutip keseluruhan zakat pada tahun 2024 sebanyak RM1,133,641,480.51 iaitu peningkatan sebanyak 10% berbanding kutipan pada tahun 2023 sebanyak RM1,031,301,080.55.
Jumlah keseluruhan pembayar zakat turut meningkat sebanyak 2% iaitu daripada 1,835,902 orang pada tahun 2023 kepada 1,864,703 orang pada tahun 2024.
Zakat adalah satu amanah besar bertujuan meringankan para asnaf dan mereka yang memerlukan.
Sehingga Disember 2024, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan telah mengagihkan dana zakat berjumlah RM1,156,371,169 iaitu peningkatan sebanyak 13.5% berbanding tahun 2023 sebanyak RM1,018,880,085
Pada tahun 2025, MAIWP mensasarkan peningkatan 5% jumlah penerima berbanding tahun 2024 iaitu seramai 284,683 orang penerima keseluruhan dan 34,651 penerima di kalangan Ketua Keluarga.
Pelbagai faktor menyumbang kepada peningkatan jumlah agihan dan penerima antaranya ialah peningkatan hasil kutipan zakat tahun 2024 yang membolehkan lebih ramai asnaf disantuni.
Selain itu, penambahbaikan dan inovasi dalam pengagihan zakat memudahkan dana zakat diagihkan di Wilayah Persekutuan dan ia memberi impak kepada peningkatan jumlah penerima bantuan zakat MAIWP.
Saya akan memastikan MAIWP sentiasa efisien dalam membantu serta mengupayakan golongan asnaf ke tahap yang lebih baik.

Selamat Datang, Welcome