Petang ini saya melakukan walkabout ke Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), sebuah institusi latihan di bawah JAKIM.
Saya meninjau kelas-kelas akademik dan fasiliti yang tersedia di ILIM.
Berdasarkan kepentingan peranan dan fungsi ILIM ini, saya melihat ianya perlu terus diperkasakan bersesuaian dengan agenda reformasi perkhidmatan awam khususnya dalam pembangunan sumber manusia.
Untuk memastikan ILIM terus relevan dan benar-benar efektif, ILIM perlu meningkatkan kualiti modul dan kursus yang dianjurkan melalui usaha mendapatkan pengiktirafan badan-badan yang diiktiraf dalam bidang latihan dan
meningkatkan kualiti penyampaian latihan dengan memperkasakan pengetahuan dan profesionalisme perunding ILIM.
Pada masa sama, pengurusan ILIM perlu sentiasa peka dengan keperluan penyelenggaraan bangunan akademik dan penginapan asrama ILIM. Aspek penyelenggaraan fasiliti amat penting untuk keselesaan para peserta kursus.
Semoga ILIM terus maju jaya. Terima kasih Ustazah Hajjah Nor Safina Zainal, Pengarah Kanan ILIM bersama semua warga ILIM.