Susulan arahan YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri yang mengarahkan semua YB Menteri dan YB Timbalan Menteri turun padang ke kawasan bencana, petang ini juga, saya telah turun ke PPS Dewan Besar Kampung Baharu Dangi di Negeri Sembilan.
Saya bersama YB Dato’ Haji Saiful Yazan yang merupakan Adun Johol serta pasukan agensi agama di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah menyampaikan bantuan untuk meringankan beban mangsa-mangsa terlibat.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Saya merasai kesedihan mereka. Saya berpesan agar sentiasa bersabar dengan ujian ini. Semoga Allah mengurniakan pahala dan menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik.