The 3rd International Conference on Zakat, Tax, Waqf & Economic Development (ZAWED) 2024

“Harnessing Islamic Social Finance for Future Sustainability” inilah tema yang dipilih untuk penganjuran The 3rd International Conference on Zakat, Tax, Waqf & Economic Development (ZAWED) 2024 anjuran Institut Penyelidikan dan Inovasi Zakat, Universiti Utara Malaysia (UUM).
Pada hemat saya, seminar ini amat penting bagi mengumpul tokoh akademik, pemain industri dan pihak berkepentingan untuk membincangkan peranan zakat, wakaf dan cukai dalam memacu pembangunan ekonomi negara dan kesejahteraan ummah.
Program ini amat penting untuk mencari solusi terbaik demi memberikan kebaikan kepada masyarakat. Setiap perbincangan dan pandangan ahli akademik amat penting sebagai input kepada para pentadbir.
Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada penganjur dan rakan kerjasama.

Selamat Datang, Welcome