Program Halal On Track (HOT) @ Pahang Darul Makmur

Pagi ini saya berada di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Pahang untuk mengiringi YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri dan YAB Dato’ Sri Diraja Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang ke Program Halal On Track (HOT) @ Pahang Darul Makmur yang dianjurkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM & JAIP.
Penganjuran HOT adalah manifestasi jelas komitmen kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri, melalui kerjasama antara JAKIM bersama Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) dalam memperkasa pensijilan halal Malaysia.
Program ini bertujuan untuk melaksanakan pelbagai kaedah dan pendekatan yang lebih mesra industri dan memberikan sokongan yang diperlukan kepada usahawan.
Inisiatif ini diilhamkan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri, dengan matlamat menyediakan platform strategik bagi usahawan untuk bersiap sedia dengan sebaiknya sebelum mengemukakan permohonan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).
Pendekatan yang digarap dalam HOT ini penting bagi memastikan proses pensijilan halal berjalan dengan lancar dan efisien.

Selamat Datang, Welcome