Pertemuan Sahibus Samahah Al-Fadhil Samidin Atabaev, Timbalan Mufti Kyrgystan

Bertemu Sahibus Samahah Al-Fadhil Samidin Atabaev, Timbalan Mufti Kyrgystan. Anaknya Mariam Adraimova merupakan peserta Majlis Tilawah & Hafazan Al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-64. Saya berkesempatan cuba memakai kopiah Kyrgystan, MasyaAllah sangat cantik dan selesa apabila dipakai.
Moga jalinan ukhuwwah yang terbina melalui penganjuran MTHQA ini dapat mengeratkan lagi hubungan dua hala Malaysia-Kyrgystan. Saya mendoakan agar Sahibus Samahah sekeluarga dikurniakan kesihatan yang baik dalam menjalankan amanah menyebarkan dakwah di Kyrgystan.

Selamat Datang, Welcome