Antara tausiyah yang disampaikan Sheikh Dr. Maher Hamad Al-Mua’iqaly malam ini di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Shah Alam ialah adab kita dengan Al-Quran. Kita perlu menjaga adab kita dengan Kalamullah kerana ianya merupakan manhaj kepada umat Islam.
Moga tausiyah yang disampaikan oleh Sheikh Dr. Maher Hamad Al-Mua’iqaly dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh mereka yang hadir mengimarahkan majlis ilmu malam ini.