KENYATAAN MEDIA MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA) BERKAITAN VIDEO TULAR DI MEDIA SOSIAL MELIBATKAN SEORANG PENDAKWAH DAN SEKUMPULAN PARA PELAJAR DALAM SEBUAH MAJLIS YANG MENGALUNKAN BAIT TERTENTU DALAM BAHASA ARAB

1. ​ Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ingin merujuk kepada sebuah video tular di media sosial melibatkan seorang pendakwah dan sekumpulan para pelajar dalam sebuah majlis yang mengalunkan bait tertentu dalam bahasa Arab.
2.​ Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah meminta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk menyediakan laporan serta membawa perkara ini kepada tindakan pihak berkuasa agama Islam iaitu Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah serta Jabatan Mufti Negeri Kedah.
3.​ Sebarang isu berkaitan ketaksuban melampau perlu ditangani dengan segera kerana sekiranya tidak dibendung, ia boleh mengakibatkan masyarakat terjerumus kepada amalan yang bercanggah dengan akidah.
4.​ Agensi hal ehwal Islam di peringkat Persekutuan khususnya JAKIM, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) diminta untuk melipatgandakan usaha memberikan kefahaman kepada masyarakat berkaitan asas akidah berteraskan Ahli Sunnah Waljamaah.
Sekian, terima kasih.
SENATOR DATO’ SETIA DR. HJ. MOHD NA’IM BIN HJ. MOKHTAR
Menteri di Jabatan Perdana Menteri
(Hal Ehwal Agama)
10 Oktober 2024

Selamat Datang, Welcome