Majlis Santapan Petang bersempena Majlis Tilawah dan Hafazan Peringkat Antarabangsa

Menjunjung kasih KDYMM Tuanku.
Patik menjunjung setinggi-tinggi kasih dan merafak sembah atas perkenan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah bercemar duli berangkat ke Majlis Santapan Petang bersempena Majlis Tilawah dan Hafazan Peringkat Antarabangsa kali ini.
KDYMM Seri Paduka Baginda Tuanku berdua telah memperkenan untuk meraikan serta beramah mesra bersama seluruh peserta Tilawah dan Hafazan juga barisan Jemaah Hakim dalam majlis ini.
Patik merafak sembah menjunjung setinggi-tinggi kasih ke sisi KDYMM Seri Paduka Baginda Tuanku berdua, berangkat ke majlis ini.
Patik berdoa agar Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku berdua diberikan kesihatan berpanjangan serta dirahmati Allah Subhanahu Wataala.

Selamat Datang, Welcome