Taklimat tentang laporan pelaksanaan Kursus Kehakiman di Universiti Islam Imam Muhammad Ibnu Saud, Riyadh, Arab Saudi

Saya mengadakan pertemuan dengan YAA Dato’ Haji Mohd Amran bin Mat Zain, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM).
Saya mendengar taklimat tentang laporan pelaksanaan Kursus Kehakiman di Universiti Islam Imam Muhammad Ibnu Saud, Riyadh, Arab Saudi yang telah dilaksanakan dengan jayanya pada 30 Ogos 2024 sehingga 20 September 2024.
Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada JKSM atas penganjuran tersebut. Moga program seperti ini dapat diteruskan lagi dalam memperkasakan kehakiman syariah untuk Membangun Malaysia Madani.

Selamat Datang, Welcome