Program Pemahaman Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 [Akta 303]

Ilmu tidak boleh terpisah dalam hidup kita. Ilmu adalah penyuluh kehidupan .
Hari ini saya bersama-sama warga Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan – JAWI, menyampaikan perkongsian ilmu berkaitan Pemahaman Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 [Akta 303].
Majlis ilmu diadakan di Dewan Besar Masjid Saidina Abu Bakar, Bangsar, Kuala Lumpur.
Saya memanfaatkan pengalaman saya dalam sistem perundangan dan kehakiman syariah dengan menyambung bacaan pada seksyen yang berkaitan dengan Nafkah; iaitu seksyen 60-61.
Alhamdulillah saya dapat berkongsi ilmu dengan seramai 90 orang peserta yang terdiri daripada Pendaftar dan Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ Orang Islam di Wilayah-Wilayah Persekutuan, pegawai dan kakitangan Jabatan.
Terima kasih saya ucapkan kepada Ustazah Rabihah binti Ibrahim, Ketua Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ Orang Islam di Wilayah-Wilayah Persekutuan atas komitmen menganjurkan majlis ilmu ini.
Tidak dilupakan terima kasih kepada Profesor Emeritus Dr. Azman Awang, Pengerusi dan pengurusan Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq selaku tuan rumah.

Selamat Datang, Welcome