Menyantuni Encik Ramli bin Yusuf

Berikutnya saya menyantuni Encik Ramli bin Yusuf yang berusi 74 tahun. Beliau tinggal di PPR Beringin, Kuala Lumpur.
Beliau telah diuji dengan menghidap sakit buah pinggang, darah tinggi dan kencing manis kronik.
Beliau turut dibantu oleh wang zakat MAIWP dengan bantuan kewangan bulanan, bantuan keperluan asasi, bantuan perubatan am, bantuan peralatan kesihatan yang keseluruhannya secara bulanan berjumlah RM1,272.00.
Semoga bantuan yang dihulurkan dapat membantu beliau sebagai seorang pesara kerajaan.
Saya telah meminta kepada MAIWP untuk giat berusaha menjejaki para asnaf di Wilayah Persekutuan agar dapat dibantu dengan sewajarnya.

Selamat Datang, Welcome