Menyantuni asnaf Encik Awaluddin bin Ismail

“Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya”
Saya bersama pengurusan MAIWP menyantuni asnaf Encik Awaluddin bin Ismail yang telah diuji dengan sakit kanser usus. Encik Awaluddin perlu menjalani rawatan kimoterapi di Hospital Kuala Lumpur.
Beliau dan isteri telah dianugerahkan 2 orang anak.
Beliau adalah salah seorang asnaf yang dibantu oleh MAIWP dengan bantuan kewangan bulanan, bantuan keperluan asasi, bantuan perubatan am berupa ubat, yang keseluruhan secara bulanan berjumlah RM2,028.20.
Islam mengajarkan kita agar saling doa mendoakan sesama kita. Semoga Allah mengurniakan kesembuhan kepada Encik Awaluddin daripada penyakit kanser ini.

Selamat Datang, Welcome