KENYATAAN MEDIA MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA) BERKAITAN ISU PELANCONG BERPAKAIAN SONGSANG KETIKA ACARA LARIAN

1. Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ingin merujuk Kenyataan Media YAB Dato’ Onn Hafiz, Menteri Besar Johor bertarikh 5 Oktober 2024 berkaitan perkara di atas.
2. Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mengambil maklum Kenyataan Media YAB Menteri Besar Johor yang jelas menyatakan bahawa acara larian tersebut tidak dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Johor mahupun mana-mana agensi Kerajaan Negeri Johor.
3. Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menyokong penuh ketegasan Kerajaan Negeri Johor yang telah meminta siasatan dijalankan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan selanjutnya.
4. Semua pihak adalah diseru supaya sentiasa menghormati serta memahami sensitiviti umat Islam khususnya dalam aspek ketetapan hukum hakam dan nilai-nilai fitrah insan. Apa-apa acara yang boleh mencetuskan polemik serta menggugat kedaulatan agama Islam perlulah dielakkan sama sekali.
5. Semua pihak diseru agar memberikan sepenuh kepercayaan kepada pihak berkuasa untuk mengendalikan isu ini. Perpaduan serta keharmonian perlu sentiasa dipelihara demi kemakmuran negara.
Sekian, terima kasih.
SENATOR DATO’ SETIA DR. HJ. MOHD NA’IM BIN HJ. MOKHTAR
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
6 Oktober 2024

Selamat Datang, Welcome