Sekitar Majlis Multaqa Murabbi Institusi Pendidikan Islam Peringkat Kebangsaan di Kompleks Islam Putrajaya.
Pembangunan modal insan menjadi salah satu agenda utama Kerajaan Madani bagi melahirkan generasi pelapis kelas pertama, yang seimbang dari aspek rohani, jasmani dan intelek.
Kita semua percaya bahawa pendidikan adalah segala-galanya untuk membentuk generasi yang menjulang tinggi nilai karamah insaniah.
Ilmu yang mantap akan memperkukuh nilai iman, taqwa, jua akhlak anak-anak pelajar.
Memperkasa Institusi Pendidikan Islam dalam pelbagai aspek seperti kurikulum, prasarana dan tatakelola yang betul adalah menjadi satu keperluan semasa pada masa kini. Semua ini perlu dilakukan dengan terancang agar para pelajar dalam belajar dalam keadaan yang lebih kondusif.
Suka juga saya mengingatkan disini mengenai keupayaan institusi-institusi pendidikan Islam untuk berusaha mendaftarkan sekolah agama/pondok/tahfiz yang ditubuhkan agar didaftarkan secara sah untuk beroperasi sebagai institusi pendidikan.
Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) melalui JAKIM telah melaksanakan Peruntukan Khas Kerajaan Persekutuan Bantuan Selenggara dan Naik Taraf kepada Institusi Pendidikan Islam sehingga Oktober 2024 adalah dengan jumlah keseluruhan adalah sebanyak RM90,464,300.00.
Ini adalah komitmen yang telah dizahirkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri yang sentiasa memberikan keutamaan kepada aspek pengukuhan pendidikan Islam.
Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dengan kerjasama pihak berkuasa agama negeri serta rakan strategik sentiasa berusaha untuk membuat penambahbaikan sama ada dari aspek pengurusan, kebajikan guru, keselamatan premis, prasarana dan sebagainya.
Tahniah saya ucapkan kepada YBhg Dato’ Dr Sirajuddin Suhaimee, Ketua Pengarah JAKIM dan seluruh barisan urus setia.
Terima kasih setinggi-tingginya kepada pihak berkuasa agama Islam negeri-negeri dan semua para peserta yang menjayakan Multaqa hari ini.