Program Taaruf Pelajar Baharu Sarjana Muda USIM

USIM telah menerima seramai 2,250 orang pelajar baharu bagi program Sarjana Muda dan akan melanjutkan pengajian dalam pelbagai bidang yang ditawarkan di sini.
Syabas dan tahniah kepada semua pelajar baharu yang telah melayakkan diri ke USIM. Semoga perjalanan saudara-saudari di sini menjadi titik permulaan kepada kejayaan pada masa hadapan kelak.
Tahniah juga diucapkan kepada seluruh ahli jawatankuasa penganjur yang diterajui oleh warga Hal Ehwal Pelajar dan Alumni dan terdiri daripada staf serta pelajar yang terlibat atas usaha jitu bagi memastikan kelancaran majlis pada hari ini. Moga segala usaha kita dinilai sebagai ibadah di sisi Allah SWT.

Selamat Datang, Welcome