Majlis Pengisytiharan Diri Solat Jumaat bagi Masjid Az-Zahrawi Hospital Kuala Lumpur

Masjid merupakan institusi terpenting dalam kehidupan umat Islam. Kewujudan masjid mencerminkan kemuliaan dan tempat penyatuan umat Islam di sesebuah kariah.
Dalam sirah Islam, masjid mempunyai kedudukan yang tinggi. Masjid merupakan rumah ibadah bagi umat Islam untuk melaksanakan solat serta lain-lain ibadat sunat termasuk majlis ilmu, pusat pentadbiran dan musyawarah dan sebagainya. Masjid menjadi institusi yang benar-benar berfungsi dan dirasai dalam masyarakat.
Tengahari tadi sebelum Solat Jumaat, telah berlangsung Majlis Pengisytiharan Diri Solat Jumaat bagi Masjid Az-Zahrawi Hospital Kuala Lumpur.
Menyedari akan pentingnya institusi ini kepada masyarakat khususnya di Hospital Kuala Lumpur, semoga Masjid Az-Zahrawi akan menjadi pusat ibadah yang akan diimarahkan sebaik mungkin dengan program pembangunan jiwa.
Masjid Az-Zahrawi HKL dibina di atas sebahagian tanah iaitu Lot 25, Jalan Dr. Latif, Seksyen 42, Mukim Bandar Kuala Lumpur berkeluasan 15,920.90 kaki persegi yang terletak di dalam kawasan Hospital Kuala Lumpur.
Masjid tersebut merupakan masjid baharu yang dibina bermula pada tahun 2017 oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dengan kos pembinaan bernilai RM15,131,892.40.
Terima kasih kepada sahabat saya YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad, Menteri Kesihatan, Sahibus Samahah Datuk Profesor Mayda Dr. Luqman bin Haji Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan, YBhg. Datuk Haji Mohd Ajib Ismail, Pengarah JAWI, dan YBhg Dato’ Seri Norazman bin Ayob, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), dan Encik Mohd Fauzi Abidin, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP.
Semoga Allah melimpahkan keberkatan kepada kita semua.

Selamat Datang, Welcome