Menyantuni para pemandu teksi dan kereta sewa di Putrajaya Sentral

Saya doakan semua urusan tuan-puan mencari rezeki sentiasa dipermudahkan Allah. Moga sentiasa selamat dalam perjalanan. Itu antara kata yang saya titipkan ketika bersilaturrahim dengan para pemandu teksi dan kereta sewa di Putrajaya Sentral pagi ini.
Saya bersama Yayasan Waqaf Malaysia turun menyantuni para pemandu teksi dan kereta sewa di Putrajaya Sentral. 74 orang pemandu teksi dan kereta sewa ini adalah mereka yang berdaftar dengan Koperasi Pengangkutan Putrajaya dan Cyberjaya.
Saya menyampaikan sumbangan wang tunai dan kotak makanan yang mengandungi barangan asas seperti beras, minyak masak, gula serta lain-lain keperluan asas.
Nilai keseluruhan sumbangan wang tunai dan kotak makanan adalah berjumlah RM18,500.00 sebagai tanda prihatin kepada para pemandu teksi dan kereta sewa.
Saya sempat berpesan kepada para pemandu teksi dan kereta sewa tadi agar sentiasa menjaga solat serta menjadi jurubicara yang mempromosikan keindahan dan keunikan negara Malaysia tercinta.
Saya juga berkesempatan menyantuni masyarakat Putrajaya yang berurusan di Putrajaya Sentral pagi tadi. Semoga semua urusan sentiasa dipermudahkan.

Selamat Datang, Welcome