Menerima kunjungan Dr Bashir Mohamed Al-Azhari

Saya dikunjungi Dr Bashir Mohamed Al-Azhari, bersama pasukan beliau ke pejabat saya tadi.
Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) meletakkan agenda pendidikan sebagai antara perkara penting yang mahu dicapai dalam Pelan Transformasi Al-Falah. Kita mahu menggerakkan semua institusi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) untuk memakmurkan ilmu mengambil contoh YAB Perdana Menteri yang menggerakkan Majlis Ilmu Madani.
Ini termasuklah institusi Masjid di bawah JAKIM dan JAWI, kita mahu imarahkan program pengajian ilmu secara tersusun agar pembelajaran benar-benar mencapai piawai kualitinya. Ia penting sebagai usaha mengajak masyarakat menekuni ilmu dengan metodologi yang betul.
Terima kasih Al Fadhil Dr Bashir dan pasukan beliau kerana sudi bertukar-tukar pandangan khususnya berkaitan program pengajian hadis yang akan dianjurkan nanti.

Selamat Datang, Welcome