Malam ini merasmikan Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan ke-41. Bersesuaian dengan Tema Muzakarah Haji pada kali ini iaitu “Akhlak Mulia Cerminan Kemabruran Haji”, saya yakin dan percaya pengorbanan semua pihak pasti akan diganjari oleh Allah SWT apabila ia dimulakan dengan niat yang ikhlas.
Pada masa sama, saya yakin bahawa banyak perkara kita perbincangkan di sini bersama para ‘alim ulama’ dan tenaga pakar dalam ibadat haji, ianya akan menjadi keputusan dan panduan kepada semua para pembimbing dan bakal jemaah haji nanti.
Semoga dengan program muzakarah seperti hari ini akan memperkukuh kefahaman serta dapat menghasilkan keputusan yang boleh dipersetujui bersama untuk merungkai persoalan-persoalan semasa tentang hukum-hakam Manasik Haji.