Majlis Pecah Tanah Projek Pembinaan Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (SMISTA)

Alhamdulillah. Ini adalah komitmen Kerajaan Madani mengangkat institusi pendidikan tahfiz.
Petang ini mengiringi YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke Majlis Pecah Tanah Projek Pembinaan Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (SMISTA).
Turut hadir YB Dr Zaliha Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah) dan pengurusan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.
Moga dengan pembinaan sekolah ini dapat melahirkan generasi huffaz yang memakmurkan negara dengan ilmu Al-Quran.
Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan memastikan projek pembangunan SMISTA akan terlaksana seperti dirancang demi anak-anak huffaz.

Selamat Datang, Welcome