Terima kasih kepada Prof Khaled A. Beydoun seorang tokoh sarjana dalam bidang perundangan kerana telah membuat kunjung hormat kepada saya semalam. Saya amat berbesar hati menerima kunjungan Profesor.
Terima kasih juga kepada Saudara Ahmad Fahmi Shamsuddin, selaku Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) kerana bersama-sama mengiringi Profesor dalam pertemuan ini.
Kami saling bertukar-tukar pandangan berkaitan isu-isu berkaitan Islamophobia juga kaedah terbaik untuk menangani pemikiran ekstremism dalam masyarakat.
Terima kasih Profesor kerana sudi berkongsi pandangan bersama saya di pejabat.