Ucapan Takziah kepada keluarga Almarhum Ustaz Safri Muhammad Zein

Salam takziah diucapkan kepada keluarga Almarhum Ustaz Safri Muhammad Zein atas pemergian Almarhum Ustaz Safri ke rahmatullah semalam.
Almarhum sebelum ini adalah Ketua Bahagian Penyelidikan, Pembangunan dan Kawalan Kualiti, Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) merupakan penggerak kepada program tadabbur Al-Quran termasuk Malaysia Quran Hour. Paling akhir, program Quran Hour sempena kemerdekaan negara di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.
Marilah bersama-sama kita berdoa agar Almarhum diampuni serta dirahmati oleh Allah Subhanahu Wataala. Ditempatkan bersama sekalian hamba-Nya yang soleh.
Semoga semua amalnya dicatat sebagai amal soleh.

Selamat Datang, Welcome