Majlis Penutup Bengkel Transformasi Ekosistem Halal 2024

Saya menyampaikan ucapan penutupan Bengkel Transformasi Ekosistem Halal 2024 yang dianjurkan oleh Pejabat Timbalan Perdana Menteri dengan kerjasama agensi-agensi.
Bengkel Transformasi ini dianjurkan mencerminkan usaha gigih dan komitmen Malaysia dengan kolaborasi semua agensi terlibat untuk memastikan produk dan perkhidmatan yang dipersijilkan halal mematuhi prinsip syariah yang merupakan tunjang utama dalam pengesahan halal dan dilengkapkan dengan pematuhan standard dan piawaian halal yang ditetapkan.
Keberadaan kita di arena global bukan sahaja membuka peluang perniagaan bagi pengusaha tempatan, tetapi ia juga mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai peneraju dalam pasaran halal dunia.
Walaupun pensijilan halal ini hanya bersifat sukarela, tetapi alhamdulillah, JAKIM dan pihak berkuasa agama Islam Negeri-Negeri sentiasa berusaha keras untuk mempromosikan kepentingan pensijilan halal selain mengambil langkah pentadbiran dengan mempermudahkan birokrasi permohonan, tetapi tetap mengutamakan integriti pensijilan.
Antara usaha yang telah diambil adalah dengan memendekkan tempoh pengurusan pensijilan halal Malaysia, mendaftarkan rakan strategik dan penyedia latihan halal sebagai sistem sokongan untuk membantu pihak industri bersedia ke arah pensijilan halal Malaysia.
Kerjasama strategik JAKIM, MAIN dan JAIN dengan agensi-agensi pembimbing di peringkat persekutuan, negeri dan swasta yang menawarkan perkhidmatan latihan, bimbingan dan geran kepada industri juga membuka ruang dan peluang yang besar untuk industri menaik taraf operasi masing-masing bagi mematuhi piawaian pensijilan halal.

Semua bergerak dalam satu pasukan. Diterajui oleh YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri, bersama-sama kesemua Kementerian dan Agensi seperti JAKIM, JAIN/MAIN, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, Kementerian Ekonomi, MITI, Halal Development Corporation Berhad (HDC) bersama agensi-agensi swasta, NGOs, ahli akademik dan semua pihak adalah satu kekuatan yang akan terus memperkukuh ekosistem pengurusan halal di Malaysia.

Selamat Datang, Welcome