KENYATAAN MEDIA MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA) BERKAITAN ISU GISB HOLDINGS

1. Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menyokong penuh tindakan penguatkuasaan oleh YBhg. Tan Sri Razaruddin Husain, Ketua Polis Negara dan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menahan pemimpin dan ahli-ahli
GISB Holdings serta mendakwa mereka ke muka pengadilan berpandukan undang-undang yang sedang berkuatkuasa.
2. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan kerjasama penuh bagi membantu pihak PDRM dalam proses siasatan isu GISB. Pada masa sama JAKIM telah mengadakan pertemuan bersama Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri (JAIN) bagi menyelaras tindakan penguatkuasaan oleh pihak berkuasa agama Islam negeri-negeri.
3. Isu berkaitan doktrin fahaman GISB akan dibawa sebagai salah satu isu untuk dibincangkan oleh Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam
Malaysia (MKI) yang akan bersidang pada 24 sehingga 26 September 2024. Jawatankuasa Muzakarah MKI dipengerusikan oleh Yang Berhormat Dato’ (Dr.) Haji Nooh bin Gadot dan dianggotai oleh Ashabus Samahah Mufti Negeri-Negeri.
Sekian, terima kasih.
SENATOR DATO’ SETIA DR. HJ. MOHD NA’IM BIN HJ. MOKHTAR
Menteri di Jabatan Perdana Menteri
(Hal Ehwal Agama)
21 September 2024

Selamat Datang, Welcome