Majlis Perasmian Global Halal Summit 2024 dan Sambutan Jubli Emas Halal Malaysia

Sekitar Majlis Perasmian Global Halal Summit 2024 dan Sambutan Jubli Emas Halal Malaysia yang disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri.
Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bersama pihak berkuasa agama Islam Negeri-Negeri akan terus menerajui industri halal khususnya pensijilan halal.
Alhamdulillah, negara Malaysia sentiasa dijadikan rujukan pengurusan dan pensijilan halal di peringkat dunia. Ia turut menyumbang kepada sektor ekonomi negara
Selama lima dekad ini, Halal Malaysia telah mengalami transformasi. Ia bermula sebagai satu inisiatif nasional kini telah berkembang menjadi standard pensijilan Halal yang diiktiraf di peringkat global.
Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan terus berusaha memperkukuh pensijilan halal dengan penuh integriti dan profesional demi agama, negara dan ummah.
Terima kasih kepada YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri kerana telah menyempurnakan acara.
Terima kasih kepada semua tetamu kehormat, para delegasi, para peserta dan semua pihak yang menjayakan acara tahunan ini. Semoga ia membawa kebaikan kepada negara.

Selamat Datang, Welcome