Pertemuan bersama Tuan Abd El-Salam Haniya anakanda kepada Almarhum Ismail Haniyeh

Alhamdulillah, hari ini saya berpeluang bertemu Tuan Abd El-Salam Haniya merupakan anakanda kepada Almarhum Ismail Haniyeh
Apabila berjabat tangan dan bersalaman dengan beliau, rasa sebak di dada, mengenangkan perjuangan Almarhum ayahandanya buat Palestin.
Saya ingin merakamkan ucapan takziah daripada saya dan seluruh rakyat Malaysia atas pemergian ke rahmatullah Almarhum Ismail Haniyaeh dan ahli keluarga. Sesungguhnya jasa Almarhum Ismail Haniyeh begitu besar kepada tanah Palestin dan umat Islam. Semoga Allah memberikan syurga buat Almarhum Ismail Haniyeh dan seluruh ahli keluarga.
Saya memaklumkan kepada beliau, saya sebagai Menteri Agama telah memberikan saranan kepada Masjid-Masjid di bawah pentadbiran saya, iaitu Masjid Negara Kuala Lumpur, Masjid Putra, Putrajaya dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya dan juga seluruh masjid dan surau di Wilayah Persekutuan untuk mengadakan Solat Janazah Ghaib ke atas Almarhum Ismail Haniyeh tempohari.
Sekarang ini, Kerajaan Malaysia memberikan komitmen penuh untuk membantu rakyat Palestin yang cedera untuk dirawat di Hospital Angkatan Tentera. Alhamdulillah, sebagai Menteri Agama telah diberikan kebenaran untuk berziarah kepada rakyat Palestin di Hospital berkenaan.
Kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Dato’ Seri Anwar Ibrahim akan terus bersuara mempertahankan hak Palestin melalui apa sahaja ruang yang ada termasuk di peringkat antarabangsa.
Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) juga baru-baru ini menganjurkan Muktamar Masjid-Masjid se-Malaysia di Masjid Wilayah Persekutuan, memberikan kesedaran dan penghayatan tentang isu Al-Aqsa dan Palestin. Kita semua terus berjuang bersama Palestin.
Marilah bersama kita berdoa agar Almarhum Ismail Haniyeh diampunkan Allah Subahanahu Wataala serta ditempatkan bersama sekalian hambaNya yang beriman dan beramal soleh.
Alfatihah.

Selamat Datang, Welcome