Majlis Menandatangani MOU Persefahaman Kerjasama Strategik Antara MAIWP & AKPK

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) terus meneroka usaha untuk membantu para asnaf. Kali ini MAIWP berkolaborasi dengan pihak Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).
Alhamdulillah petang tadi telah berlangsung Majlis Menandatangani MOU Persefahaman Kerjasama Strategik Antara MAIWP & AKPK.
Ini merupakan inisiatif Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) melalui MAIWP untuk membantu golongan dalam pendidikan menguruskan kewangan keluarga.
Dana zakat sebanyak RM1.0 juta telah diperuntukkan kepada AKPK bagi memberikan perkhidmatan pendidikan dan khidmat nasihat pengurusan kewangan kepada asnaf.
Berdasarkan data penerima bantuan hutang di MAIWP, pada tahun 2023 sahaja, MAIWP telah meluluskan dana zakat berjumlah RM4.779 juta kepada seramai 2,662 asnaf bagi melunaskan tunggakan hutang asasi melibatkan hutang sewa, utiliti, perubatan dan sebagainya.
Manakala untuk tahun 2024 ini, sehingga Julai 2024 sahaja, MAIWP telah membelanjakan dana zakat berjumlah RM2.0 juta kepada 1,161 penerima Bantuan Menyelesaikan Hutang.
Moga inisiatif yang dijalankan bersama AKPK ini dapat membantu lebih ramai golongan asnaf untuk mengurus kewangan dengan baik.
Sebagai peringatan buat kita semua. Rasulullah SAW bersabda:
نَفْسُ الْمُؤْمِنِ مُعَلَّقَةٌ بِدَيْنِهِ، حَتَّى يُقْضَى عَنْهُ
Maksudnya: Roh orang yang beriman itu tergantung (ditangguhkan hisab amalannya) disebabkan hutang, sehingga dibayarkan untuknya hutang tersebut.
Riwayat al-Tirmizi

Selamat Datang, Welcome