Ucapan tahniah dan syabas kepada YBhg. Tan Sri Razarudin Husain, Ketua Polis Negara

Mewakili seluruh warga Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), saya merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada YBhg. Tan Sri Razarudin Husain, Ketua Polis Negara atas pengurniaan Panglima Mangku Negara sempena Ulang Tahun Keputeraan Rasmi KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
Pengurniaan tersebut adalah pengiktirafan atas segala sumbangan jasa bakti YBhg. Tan Sri kepada agama, negara dan ummah.
Semoga YBhg. Tan Sri terus cemerlang memimpin PDRM demi maslahah rakyat dan menggerakkan agenda Membangun Malaysia Madani.

Selamat Datang, Welcome