KENYATAAN MEDIA MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA) BERKAITAN PELAKSANAAN SOLAT JENAZAH GHAIB KE ATAS ALMARHUM ISMAIL HANIYEH

1. ​Saya mewakili seluruh warga Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berasa amat dukacita atas laporan berita akan pemergian ke rahmatullah Almarhum Ismail Haniyeh.
2.​ Sesungguhnya Almarhum adalah seorang pemimpin rakyat Palestin telah memberikan sumbangan bakti dan jasa kepada tindakan serta usaha mempertahankan tanah Palestin dan juga hak-hak rakyat Palestin yang ditindas selama ini. Semoga segala baktinya dicatat sebagai amalan soleh di sisi Allah Subhanahu Wataala.
3.​ Saya telah meminta kerjasama Masjid-masjid di bawah seliaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) iaitu Masjid Negara Kuala Lumpur, Masjid Putra, Putrajaya dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya untuk melaksanakan Solat Jenazah Ghaib ke atas Almarhum Ismail Haniyeh.
4. ​Pada masa sama, masjid-masjid dan surau-surau di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) juga diminta untuk mengadakan Solat Jenazah Ghaib ke atas Almarhum Ismail Haniyeh.
5.​ Pihak JAKIM dan JAWI akan membuat perincian berkaitan perkara tersebut.
Sekian, terima kasih.
SENATOR DATO’ SETIA DR. HJ. MOHD NA’IM BIN HJ. MOKHTAR
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
31 Julai 2024
All reactions:

Adam Mukhriz, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan and 94 others

Selamat Datang, Welcome