Majlis Selawat Perdana- Masjid Jamek Kampong Bharu

Alhamdulillah malam ini Masjid Jamek Kampong Bharu diimarahkan dengan laungan selawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.
Bermula Majlis Selawat Perdana usai solat maghrib secara berjemaah dan majlis diteruskan selepas solat isyak dengan penyampaian tausiyah dari Habib Nael Bin Taher.
Moga majlis ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya dan semoga apa yang kita laksanakan ini dinilai sebagai ibadah di sisi Allah SWT.
Insha-allah, program seumpama ini akan terus digerakkan oleh Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Selamat Datang, Welcome