MasyaAllah penuh Dewan Kelab Sultan Sulaiman hari ini sempena Program Santuni Madani: Mini Karnival Kampung Angkat Madani yang berlangsung seawal 8 pagi hinggalah malam ini.
Pelbagai aktiviti menarik antaranya sukaneka, jualan Rahmah Madani, jualan usahawan asnaf dan pelbagai lagi aktiviti dengan kerjasama agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
Moga program ini dapat merealisasikan hasrat Kerajaan Madani dalam memartabatkan semangat perpaduan dan keharmonian masyarakat terutamanya di Kampung Baru, Kuala Lumpur.