Program Gerobok Rezeki Sekolah Wilayah Persekutuan Tahun 2024- Sekolah Kebangsaan Kampung Baru, Kuala Lumpur

Selepas selesai ziarah ke rumah asnaf dan kawasan sekitar Kampung Baru, saya terus ke Sekolah Kebangsaan Kampung Baru, Kuala Lumpur. Alhamdulillah sekolah ini terpilih menjadi simbolik penyerahan Program Gerobok Rezeki Sekolah Wilayah Persekutuan Tahun 2024 berjumlah RM1.5 juta ringgit.

Program Gerobok Rezeki Sekolah merupakan inisiatif Maiwp dalam memastikan tiada anak-anak terutamanya pelajar sekolah yang kelaparan. Dengan konsep ‘Ambil atas keperluan, beri tanpa persoalan’. Moga program ini dapat memberi manfaat kepada semua pelajar.

Selamat Datang, Welcome